Monday, February 28, 2011

Puding Pelangi Ayu


Bahan-bahan:
20 gm agar-agar - direndam semalaman
8 cawan air
2 cawan gula pasir
1/2 tin susu cair (1 cawan)
5 biji kuning telur
3 biji putih telur - dipukul 3 minit
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil vanila
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
Bahan-bahan B:
1 sudu kecil coklat emulco
1/2 sudu kecil esen kopi - dicampur dengan coklat emulco
1 sudu kecil esen strawberi - ditambah pewarna ros
Cara Menyediakan:
1. Rebus agar-agar hingga hancur, kemudian masukkan gula. Apabila larut, tapis.
2. Pukul kuning telur, tepung jagung, kastard, sus, garam dan vanila.
3. Masukkan ke dalam agar-agar, kemudian campurkan mentega dan tutup api. Masukkan putih telur dan kacau hingga hancur dan sebati.
4. Bahagikan kepada tiga bahagian; satu bahagian dibiarkan warna asal, sebahagian lagi diwarnakan dengan coklat emulco dan esen kopi, manakala satu lagi dengan esen strawberi dan pewarna ros.
5. Tuangkan ke dalam acuan berselang-seli antara ketiga-tiga warna. (Biarkan setiap tuangan sedikit mengeras sebelum tuangan seterusnya
Sumber : Sajionline

Ayam Lemon Madu


Bahan-bahan:
1/2 kg ayam - dipotong kecil
3 sudu besar kicap
2 sudu besar sos cili
2 biji lemon - ambil jusnya
1 1/2 sudu besar madu
1 sudu besar minyak sayuran
3 cm halia - mayang halus
3 ulas bawang putih - cincang
1/2 cawan susu cair
1/2 kiub ayam
1 sudu besar tepung jagung
1 1/4 cawan mentega
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Cara Menyediakan:
1. Bersihkan ayam dan gaulkan dengan kicap, jus lemon, sedikit minyak sayuran serta madu. Perap selama 1/2 jam.
2. Goreng ayam yang telah diperap tadi hingga garing. Tinggalkan sedikit minyak, goreng ayam di dalam kuali dan tambahkan mentega. Tumis halia, bawang putih hingga naik baunya. Kemudian masukkan sos cili dan susu sejat. Biarkan mereneh dan masukkan garam secukup rasa.
3. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air. Apabila agak pekat sedikit, masukkan ayam yang telah digoreng. Kacaukan agar sama rata dan kuah sebati dengan ayam. Angkat dan hidangkan
Sumber : Sjionline

Biskut Mentega Kacang


Biskut Mentega Kacang
Biskut Mentega Kacang
 
BAHAN-BAHAN:
1/2 cawan mentega tanpa garam
 3/4  cawan mentega kacang
1 cawan gula merah
1 biji telur gred A
1/2 sudu kecil vanila
1 cawan tepung gandum
3/4 sudu  soda bikarbonat
Coklat dan coklat urai sebagai hiasan


CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan oven 1800C dan siapkan dulang pembakar.
2. Krimkan mentega, mentega kacang dan gula. Tambahkan telur dan vanila. Putar dengan kelajuan sederhana. A
3. Ayak tepung bersama baking soda. Masukkan campuran tepung ke dalam adunan mentega.
4. Buat bentuk yang disukai. Bakar dan sejukkan.
5.Cairkan coklat, celupkan sebahagian dari biskut dan taburkan coklat urai di atasnya
Sumber : Sajionline

Sayur Campur Ala Thai


Sayur campur ala Thai
BAHAN-BAHAN:
3 ekor sotong
4 ekor udang
Brokoli
Kubis bunga
Lobak merah
Putik jagung
Cili merah
Cendawan butang
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit tepung jagung
Sos tiram

CARA MENYEDIAKAN:
1.Tumiskan bawang merah dan putih yang telah dihiris, kemudian masukkan sedikit air.
2.Masukkan sotong dan udang, biarkan seketika dan masukkan semua sayur.
3.Masukkan sos tiram, gula dan garam secukup rasa. Untuk memekatkan kuah,
   bancuhkan sedikit tepung jagung bersama sedikit air.
4.Biarkan sekejap dan angkat.
Sumber ; sajionline

Jala Mas


Jala Mas
BAHAN-BAHAN: 

20 biji kuning telur itik

1 kg gula Sedikit pewarna kuning

Air secukupnya 


CARA MENYEDIAKAN:

1. Pukul telur kuning dan isikan dalam kelongsong yang halus muncungnya.

2. Acukan ke dalam air gula yang didihkan bersama daun pandan.

3. Tekan kelongsong dan biarkan ia keluar seperti tali.

4. Angkat dengan tapis
Sumber : Sajionline

Nasi Berlian


Bahan-bahan:
1 kg beras Basmati
100 gm kismis
1 tangkai daun bawang - dihiris halus
2 tangkai daun sup - dihiris halus
2 sudu kecil serbuk kunnyit
30 gm bawang goreng
1/2 cawan susu cair
Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan menumis:
5 ulas bawang merah - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
3 cm halia - dimayang
1 tangkai cili merah - dibelah dua
1 tangkai cili hijau - dibelah dua
1 biji tomato - dibelah enam
2 helai daun pandan
5 cm kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
1/2 sudu kecil biji jintan manis
4 sudu besar minyak sapi
Cara menyediakan:
1. Sukat beras sebelum dibersihkan dan dituskan. Dengan menggunakan bekas yang sama, sukat pula air untuk memasak nasi. Ketepikan. (Sukatan air dan beras adalah sama)
2. Panaskan minyak sapi di dalam periuk dan tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih dan jintan manis. Kacau sehingga naik baunya.
3. Masukkan bahan-bahan yang dimayang, cili merah, cili hijau, tomato dan daun pandan. Kacau sehingga berbau harum.
4. Masukkan air, susu cair dan serbuk kunyit kemudian biarkan hingga mendidih.
5. Masukkan beras, garam dan gula. Kacau hingga rata dan biarkan mendidih.
6. Bila kering airnya, kecilkan api dan tutup periuk (sekiranya menggunakan dapur biasa). Jika perlu, alaskan tin di bawah periuk untuk mengelakkan nasi berkerak atau hangit. Biarkan hingga nasi masak kemudian gembur supaya nasi tidak berketul.
7. Sewaktu menghidang, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
Sumber Sajionline,

Acar mangga


Acar Mangga
BAHAN-BAHAN:
3 biji mangga muda (hiris kasar)
1/2 biji timun (potong dadu)
100 gm lobak (potong panjang)
5 ulas bawang merah (potong dua)
5 ulas bawang putih (potong dua)
3 tangkai cili merah (hiris kasar)
3 tangkai cili hijau (hiris kasar)
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar cuka
1/2 sudu besar serbuk kunyit

CARA MENYEDIAKAN:
1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah. Masukkan sos tomato, sos cili dan tumis sebati.
2. Masukkan semua bahan dan gaul rata.
3. Kemudian masukkan mangga, gaulkan perlahan-lahan.
4. Masukkan garam secukup rasa.
Sumber : Sajionline

ShareThis

Blog Archive

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...