Tuesday, July 24, 2012

Resepi Ayam goreng berlada tahi minyak





Bahan A
1 cawan santan di masak hingga hampir kering
1 /2 ekor ayam potong 8 dilumur garam kunyit & goreng hingga garing

Bahan B
100g ibu sambal citra klasik
4 bj buah keras
* blender hingga halus

Bahan C
sedikit minyak utk menumis
1 labu bawang besat potong bulat
2 sudu makan sos cili Thai

Cara Memasak
* panaskan minyak, masukan adunan ibu sambal , masak 3 minit
* Masukan bahan A dan C, kacau hingga bawang layu sedikit, angkat dan sedia utk dihidangkan..( tk perlu tambah garam sbb ibu sambal dah cukup garam)



kredit Kak pau

Sunday, July 22, 2012

Sambal Tumis Ikan Bilis Petai

Bahan-Bahan:


1. Satu genggam besar ikan bilis yang telah dibersihkan
2. Satu genggam besar bawang merah dan dimayam
3. Satu ulas bawang putih dan dimayam
4. 1 ½ sudu besar cili boh atau cili kering yang telah dikisar
5. Santan dari setengah biji kelapa parut.
6. Satu biji bawang besar dan dimayam
7. Petai dibuang kulitnya
8. Garam
9. Minyak Masak

Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis sehingga layu, tetapi jangan garing
2. Masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dimayam. Goreng untuk 2 - 3 minit atau hingga layu, dan tambahkan cili boh. Goreng selama 2 minit. Kacau hingga sebati semua bahan-bahan.
3. Masukkan santan dan bawang besar dan kacau hingga sebati
4. Masukkan garam sedikit sahaja dan juga petai. Kecilkan api dan tutup kuali.
5. Kacau sekali sekala. Pastikan api kecil. Setelah pecah minyak, semuanya masak.

Nota: Resipi ini perlukan sedikit sahaja garam kerana semakin lama di atas api, air ikan bilis akan turun dan sambal akan masin akhirnya.
*sumber: ens petua melayu lama

Saturday, July 21, 2012

Resepi Nasi Goreng Bunga Kantan


Bahan-bahan ( 3 orang )

  • 2 mangkuk nasi
  • 2 sudu bsr udang kering (tumbuk halus)
  • 1/2 mangkuk kecil ikan bilis (tumbuk pecah2)
  • 1 biji bawang besar (ricik halus)
  • 2 biji bawang putih (ketuk atau tumbuk halus)
  • Belacan (besar ibu jari)
  • 15 biji cili padi (di tumbuk)
  • 2 hiris sayur kubis
  • Bunga kantan (1 atau separuh-dihiris halus)
  • 1 batang serai (dihiris halus)
  • 2 biji telur
  • minyak

Cara-cara

  1. Panaskan minyak. Goreng udang dan ikan bilis hingga gareng. Masukkan bawang putih dan bawang merah. Goreng hingga naik bau.
  2. Buat ruang ditengah2 kuali. Masukkan satu sudu minyak. Masukkan telur. Biar separuh masak baru kacau rata. Masukkan cili padi, belacan dan serai. Goreng sekejap.
  3. Masukkan nasi. Gaul rata. Masukkan sayur kubis dan bunga kantan. Goreng sekejap lagi dan perasakan.  Sedia untuk dihidangkan..

Agar-agar laici


  • Bahan-bahannya:
  1. 1 paket agar-agar (saya guna agar-agar bertali cap tiga ros)
  2. 1500ml air
  3. 1 1/2 cawan gula
  4. 1 tin susu cair (saya guna susu Ideal)
  5. 1 tin laici
  6. secubit garam
  • Cara-caranya;
  1. Basuh agar-agar sebelum dimasukkan kedalam periuk. Masukkan agar-agar dan air
  2. Masak sehingga agar-agar larut.
  3. Apabila sudah larut baru masukkan gula. Apabila semua telah sebati, angkat dan tapis
  4. Masukkan kembali kedalam periuk dan masak semula.
  5. Blender laici bersama-sama dengan airnya sekali sehingga hancur dan sehingga tiada ketulan laici.
  6. Masukkan susu cair, garam dan laici yang telah diblender tadi. Kacau rata
  7. Tuangkan kedalam tray atau acuan yang anda gemari
  8. Biar sehingga ia keras baru dipotong.
  9. Sumber: Resepidaria

AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA


AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA


Bahan25g agar-agar
1 liter air
400ml santan pekat
1 cwn gula melaka
3/4 cwn gula
1 biji telur
1 helai daun pandan
1 tsp esen vanila
sedikit garam
Cara1. Masak agar-agar bersama air dan daun pandan.
2. Bila agar-agar dah hancur masukkan gula dan gula melaka.
3. Masukkan santan dlm sebuah mangkuk.
4. Tambah telur, garam dan esen vanila, kacau dgn garpu hingga sebati.
5. Tapis campuran santan ke dalam sebuah periuk.
6. Tapiskan pula campuran agar-agar ke dalam periuk santan tadi.
7. Masak hingga mendidih, kacau perlahan-lahan.
8. Masuk ke dalam acuan dan sejukkan.

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...