Pages

Saturday, July 24, 2010

AYAM KERUTUK NZ stail


Bahan-bahan:

1 ekor ayam - bersihkan, buang kulit & potong kecil atau boleh juga dibelah empat
2 sudu makan rempah kari - bancuh dengan sedikit air
2 sudu makan rempah kurma - bancuh dengan sedikit air
2 cawan santan
1 sudu makan kerisik
3 sudu makan minyak untuk menumis

bahan kisar:
2 biji buah keras
2 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara Penyediaan:

Tumiskan bahan yang telah dikisar sehingga garing. Masukkan rempah dan kacau sehingga mesra.

Masukkan ayam, kerisik, garam gula dan santan. Biarkan sehingga mereneh. Masak sehingga ayam menjadi lembut dan kuah menjadi pekat. Pastikan kacau sekali-sekala.

Tup api dan sedia untuk dihidangkan panas dengan nasi

No comments:

Post a Comment