Pages
▼
Wednesday, November 3, 2010
Resepi Ayam Oren Goreng
Bahan-bahan ( 4 orang )
* 8 ketul kepak ayam
Bahan A
* 1/2 cawan yogurt
* 1/2 jus oren
* 1/2 sudu kecil garam
* 1/2 sudu besar serbuk kunyit
* 1/4 sudu kecil serbuk ketumbar
* 1/4 sudu kecil serbuk cili - boleh tambah kalau nak lagi pedas
Bahan B
* tepung gandum secukupnya
* 2 biji oren
* Italian parsley secukupnya
* minyak untuk menggoreng
Cara-cara
1. Bersih ayam. Toreh ayam ikut arah tulang
2. Perap ayam dengan bahan-bahan A selama 1/2 jam atau lebih. Lagi lama, lagi sedap.
3. Buang air. Salut ayam dengan tepung. Masukkan tepung dalam beg plastik. Masukkan ayam. Tutup mulut plastik beg dan goncang-goncangkan.
4. Gorenglah dalam minyak panas sehingga kekuningan/masak.
5. Hiaslah dengan parsley dan oren
No comments:
Post a Comment