Pages

Monday, November 1, 2010

Resepi Kueh Lopes

Bahan-bahan: 1 cawan beras pulut
1 cawan santan cair
1/4 cawan air daun pandan
sedikit garam
beberapa titik pewarna hijau
kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam

Air Gula
3 ketul gula melaka
5 sb gula
1 cawan air
sehelai daun pandan

Cara Menyediakan:
1. Cuci beras pulut dan rendam selama 6 jam.
2. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.
3. Masukkan pulut ke dalam mangkuk pyrex yang bertutup. Kemudian masukkan santan cair, air daun pandan, pewarna hijau dan sedikit garam.
4. Masukkan mangkuk pyrex tadi ke dalam microwave. Set 'high' dan masak selama 25 minit.
5. Ambil sehelai plastik kemudian letakkan pulut tadi dan gulung. Ikat di kedua-dua hujung gulungan tadi. Masukkan ke dalam peti ais selama 1 jam.
6. Kemudian potong gulungan tadi menggunakan pisau yang telah dicelup dengan air terlebih dahulu. Golekkan ke dalam kelapa parut.

Air Gula:
Masukan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga gula cair dan biarkan air gula itu pekat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.











PANDUAN DUIT ONLINE






No comments:

Post a Comment