Pages

Friday, November 5, 2010

Resepi Lepat Pisang


Bahan-bahan:

10 biji pisang emas
300 g tepung gandum
1/2 cawan pati santan
250 g gula melaka
3 cawan air
Daun pisang

1/2 biji kelapa parut

Cara membuatnya:
Kisar pisang jangan terlalu halus.
Masukkan tepung dan pati santan.
Masak gula bersama air hingga mendidih, tapis dan sejukkan.
Tuangkan air gula ke dalam adunan pisang tadi dan kacau hingga sebati.
Sediakan daun pisang 6 cm x 6 cm setiap satu.
Letakkan sesudu sedang adunan pisang dan masukkan kelapa parut di dalamnya,
tutup dengan sedikit adunan pisang lagi.
Bungkus dengan cermat dan kukus selama 20 minit.

No comments:

Post a Comment