Bahan-Bahan:
200 gm paru
200 gm perut
200 gm tetel
2 cawan santan pekat
2 helai daun salam
1 batang kulit kayu manis
Daun bawang
Bawang goreng
Limau nipis
Keropok melinjau
Bahan Kisar:
6 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
3 cm halia
3 hiris lengkuas
1/2 sudu besar ketumbar
1 sudu besar lada hitam
3 biji buah keras
3 cm kunyit (bakar)
Cara Menyediakan:
1. Seperti biasa rebus semua bahan dalaman lembu dan potong kecil. Air rebusan disisakan sebanyak satu liter.
2. Dalam periuk tuangkan bahan kisar dan renehkan sehingga airnya kering dan naik bau.
3. Kemudian masukkan bahan rebusan, kulit kayu manis, air rebusan, daun salam, dan santan.
4. Sewaktu menghidangkan soto Betawi ini, taburkan daun bawang, perahan limau nipis, bawang goreng, dan juga keropok melinjau.
No comments:
Post a Comment