Pages

Tuesday, December 7, 2010

KEK KEJU STRAWBERI

BAHAN – BAHAN KEK :
500 gm kek keju berkerim
100 gm gula halus
70 gm tepung  jagung
40 gm tepung naik sendiri
7 biji putih telur
5 biji kuning telur
1 sudu besar jus lemon
1 sudu kecil parutan kulit lemon
1/2 sudu kecil krim tartar
sedikit strawberi filing

BAHAN KRIM :
100 gm krim putar
3 sudu kecil susu segar
1 sudu kecil esen vanilla 
jem strawberi secukupnya
sedikit buah strawberi

CARA MEMBUATNYA :
1. Pukul keju berkerim hingga cair
2. Masukkan gula halus,kuning telur ,jus lemon dan parutan kulit lemon.gaulkan hingga sebati
3. Kemudian masukkan tepung naik sendiri,tepung jagung dan gaul dengan sebati
4. Dalam bekas lain pukul putih telur hingga kembang. Masukkan krim tartar dan gaul rata
5. Tuangkan bancuhanputih telur sedikit demi sedikit kedalam adunan (no = 3) dan gaulkan sebati
6. Masukkan adunan kedalam acuan bulat,bakar dalam ketuhar dalam suhu 170c  selama 40 minit
7. Pukul krim putar hingga kembang,masukkan oren ,susu segar, dan pukul hingga berkerim
8. Sapukan strawberi filing keatas permukaan kek.susunkan buah strawberi dan hiaskan dengankerim

SEDIA DIHIDANG .

No comments:

Post a Comment