Pages

Friday, February 25, 2011

Nasi Goreng AF


Nasi goreng AF
BAHAN-BAHAN:
1 cawan nasi putih
20 gm sayur campur
2 batang putik jagung
1 batang kailan
4 ekor udang
50 gm ayam (potong kiub)
1 biji telur
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil kicap pekat
1 kiub pati ayam secukup rasa
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
1.Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bawang putih hingga naik bau.
2.Kemudian masukkan udang, ayam dan sayur campur.
3.Masukkan telur dan kacau perlahan.
4.Masukkan sos tiram, kicap pekat dan pati ayam serta sedikit garam.
5.Tambahkan putik jagung dan sayur kailan.
6.Akhir sekali masukkan nasi putih dan kacau rata.
7.Setelah masak hidangkan bersama timun, keropok dan telur mata kerbau
 Sumber : utusan

No comments:

Post a Comment