Pages

Monday, February 28, 2011

Puding Sayang Tiga Hati


Puding Sayang Tiga Hati
BAHAN A:  

3 sudu besar serbuk agar-agar

300 gm gula

1,300 ml air

1 helai daun pandan

1 tin buah campuran (tuskan)

Sedikit pewarna kuning

Sedikit black seed dan poppy seed 


BAHAN B:

300 ml santan pekat

Sedikit pewarna hijau dan merah jambu

Sedikit garam


CARA MENYEDIAKAN: 

1. Satukan bahan A, masak sehingga mendidih.

2. Keluarkan satu potong bahagian dan masukkan sedikit pewarna kuning.

3. Masukkan pula buah campuran dalam acuan dan tuangkan 1/3 bahagian kuning tadi.

4. Masukkan sedikit black seed dan poppy seed biarkan ia separuh beku.

5. Lebihan agar-agar tadi dimasak sekali lagi sehingga mendidih. Perlahankan api dan masukkan santan.

6. Bahagikan kepada dua bahagian, satu dibubuh warna hijau dan satu lagi dibubuh warna merah jambu.

7. Sementara itu, sebelum masukkan lapisan hijau dan merah jambu, pastikan garu dulu setiap lapisan agar-agar yang hampir beku tadi dengan garpu.

8. Kemudian tuangkan warna hijau di atas lapisan pertama tadi, biarkan ia sedikit beku.

9. Kemudian bolehlah tuangkan warna merah jambu pula.

10. Bekukan dalam peti ais. Setelah sejuk, terbalikkan dari acuan di atas pinggan dan hidangkan.
Sumber : sajionline

No comments:

Post a Comment