Pages

Thursday, February 24, 2011

Talam Tako


Bahan-bahan:
(Bahagian Putih)
50 gm tepung green pea
100 gm gula kasar
1 biji kelapa - ambil 4 cawan santan
Secubit soda bikarbonat
Secubit garam
* Kisar semua bahan agar tidak bergentel.
Bahan-bahan:
(Bahagian Hijau)
100 gm tepung green pea
200 gm gula kasar
5 cawan air daun pandan
Secubit soda bikarbonat
* Kisar semua bahan agar tidak bergentel.
Cara Menyediakan:
1. Gunakan dua periuk yang berasingan. Masukkan bahagian putih ke dalam periuk pertama dan bahagian hijau ke dalam periuk kedua. Kacau serentak di atas api yang sederhana.
2. Bila adunan menjadi kental, tuangkan adunan hijau ke dalam loyang berselang-seli dengan adunan putih seperti membuat kek marble. Biarkan sejuk baru dipotong.
Nota: Tepung green pea boleh dibeli di kedai yang menjual bahan-bahan kek. Ada dua jenis tepung green pea, satu berwarna putih dan satu lagi kekuningan. Untuk resipi ini, gunakan yang putih
Sumber : utusan

No comments:

Post a Comment