Pages

Thursday, February 24, 2011

Tomyam Makanan Laut


Tomyam Makanan Laut
BAHAN-BAHAN:
1 ekor isi ikan merah
1 ekor ketam
250 gm sotong
2 sudu besar pes tomyam
4 cm lengkuas
2 cm halia muda
1 batang serai
2 helai daun limau purut
10 tangkai cili padi
1 sudu besar sos ikan
Sedikit susu cair
1 kiub pati ayam
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit jus limau nipis

CARA MENYEDIAKAN:
1. Celur ikan, sotong dan ketam bunga hingga masak.
2. Masukkan pes tomyam, kemudian masukkan serai, halia muda, lengkuas serta sos ikan, gula dan garam secukup rasa.
3. Setelah mendidih masukkan makanan laut yang telah dicelur, dan diikuti dengan jus limau nipis dan cili padi.
4. Setelah masak, tuangkan dua sudu besar susu cair dan hidangkan
Sumber : utusan

No comments:

Post a Comment