Pages

Saturday, February 19, 2011

Udang Goreng Tomyam


Bahan-bahan:
500 gm udang saiz sederhana
2 ulas bwang putih - dicincang
1 batang serai - dititik
1 labu bawang besar - dihiris bulat
1 sudu pes tomyam
3 batang daun ketumbar - dikerat 2 cm
1 sudu besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih serta serai. Kacau hingga naik aroma.
2. Masukkan udang dan bawang besar. Kacau sebentar dan biarkan selama dua minit.
3. Masukkan pes tomyam, sos tiram, gula dan garam. Kacau hingga rata, kemudian masukkan daun ketumbar. Kacau sebentar dan angkat
Sumber : utusan

No comments:

Post a Comment