Pages

Monday, March 7, 2011

Biskut Coklat Collata


Biskut Coklat CollataBAHAN KULIT: (Pastri) 
BAHAN A:
250 gm tepung  gandum
75 gm gula aising
110 gm mentega 

BAHAN B:
1 biji telur 

CARA  MENYEDIAKAN:
1. Bahan A digaul hingga sebati (menjadi serbuk roti). 
2. Masukkan bahan B, gaul hingga menjadi doh. Rehatkan adunan 15 minit, selepas itu, canai­kan doh dan masukkan ke dalam acuan tat yang kecil.
3. Bakar pada suhu 150 0C hingga masak. Apabila masak, sejukkan dan celup biskut ke dalam coklat collata yang telah dicairkan secara  double boiler. Hiaskan dengan coklat putih.
BAHAN BISKUT: 
BAHAN A:
140 gm mentega
20 gm crisco
40 gm gula kastor 
1 biji kuning telur
1 sudu kecil cappucino emulco 

BAHAN B:
180 gm tepung gandum
Secubit serbuk penaik
20 gm tepung jagung
20 gm tepung kentang
1 sudu kecil susu tepung 

BAHAN C:
50 gm coco crunch (kisar halus)
20 gm kacanga tanah (kisar halus)
50 gm coklat urai (kisar halus)

BAHAN HIASAN:
Kacang hazel untuk inti (bakar dan buang kulit) Coklat collata 

CARA MENYEDIAKAN:
1. Putar bahan A selama 5 minit. Ayak bahan B dan satukan dengan bahan C.
2. Masukkan kesemua bahan dan gaul hingga sebati. Rehatkan selama 20 minit, bulat-bulatkan dan masukkan kacang hazel dan bakar hingga masak.
3. Sejukkan dan celupkan biskut dengan coklat collata dan letakkan atas pastri yang dibentuk seperti kulit tat
Sumber : sajionline

No comments:

Post a Comment