Pages

Thursday, March 10, 2011

Itik Masak Halia


Bahan-bahan:
1 ekor itik - potong kecil
30 gm halia muda - hiris nipis
Bahan-bahan A:
5 ulas bawang putih - tumbuk halus
3 ulas bawang merah - tumbuk halus
1 1/2 sudu besar kacang hitam jeruk - tumbuk halus
3 sudu besar kacang pis
1 sudu kecil serbuk rempah
2 sudu kecil minyak bijan
4 sudu besar minyak jagung
Bahan-bahan Perisa:
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk lada sulah
3 sudu besar tepung jagung - dicampur dengan sedikit air
Cara Menyediakan:
1. Daging itik digoreng tanpa minyak hingga berubah warna.
2. Panaskan empat sudu besar minyak dan masukkan halia muda dan juga bahan-bahan tumbuk, kacang pis, serbuk rempah dan minyak bijan. Kacau sehingga berbau harum dan masukkan daging itik. Goreng selama 10 minit.
3. Masukkan air secukupnya dan biarkan hingga mendidih. Kecilkan api dan renehkan selama 40-45 minit sehingga daging lembut.
4. Masukkan bahan-bahan perisa. Kacau hingga rata dan tuangkan air tepung jagung. Kacau dan angkat. Hidang panas-panas
Sumber : sajionline

No comments:

Post a Comment