Pages

Wednesday, March 9, 2011

Kek Coklat Pandan Kukus


Bahan-bahan:
500 cc putih telur
60 cc susu sejat
225 gm gula kastor
300 gm tepung gandum
150 gm mentega cair atau minyak jagung
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil minyak mentega (butter oil)
1 sudu kecil ovelette
Sedikit pewarna coklat
1 sudu kecil emulco coklat
1 sudu kecil pewarna hijau
1/2 sudu kecil pes pandan
Cara Menyediakan:
1. Pukul putih telur hingga kembang dan masukkan gula sedikit demi sedikit diikuti susu, vanila, ovelette, tepung dan garam. Pukul berterusan hingga naik dan pekat.
2. Tuangkan minyak mentega lalu hentikan mesin pengadun untuk dikacau.
3. Bahagikan adunan kepada dua bahagian; satu bahagian dicampurkan pewarna hijau dan pes pandan, manakala satu lagi dengan campuran pewarna coklat serta emulco coklat.
4. Panaskan kukusan. Sediakan acuan segi empat berukuran 28 cm, tuangkan adunan hijau berselang-seli dengan coklat. Kukus selama 30 hingga 35 minit hingga masak

No comments:

Post a Comment