Pages

Saturday, March 19, 2011

Nasi Kempuli


Nasi Kempuli
Nasi Kempuli
BAHAN-BAHAN:
1 kg beras basmati
150 gm rempah kurma
200 gm minyak sapi
30 gm kulit kayu manis
75 gm serbuk jintan manis
75 gm serbuk jintan putih
5 helai daun bay
Air secukupnya
Sedikit garam

BAHAN HIRIS:
100 gm bawang besar
100 gm bawang kecil
30 gm bawang putih
50 gm halia
3 batang serai

CARA MENYEDIAKAN:
1. Beras basmati dicuci, kemudiannya tuskan airnya.
2. Panaskan minyak sapi dan tumiskan bahan hiris bersama kuliy kayu manis sehingga naik bau. Masukkan jintan manis, jintan putih dan rempah kurma. Tumis lagi sehingga wangi.
3. Kemudian masukkan air. Biarkan mendidih. Selepas itu, masukkan beras dan tambahkan garam secukup rasa. Masukkan sekali daun bay. Tanak sehingga masak.
Sumber : sajionline

No comments:

Post a Comment