Pages
▼
Sunday, October 30, 2011
Mi Goreng Sayur
Bahan-bahan:
100 gm mi telur atau mi wantan
50 gm lada benggala - dipotong
20 gm bawang besar - dipotong
40 gm saderi - dipotong
10 gm cili merah - dipotong menyerong
10 gm kulit tauhu
10 gm tauge
10 gm kicap pekat
10 gm kicap cair
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Masukkan kulit tauhu.
3. Goreng hingga rangup, angkat dan ketepikan.
4. Masukkan bawang besar dan sedikit air.
5. Masukkan mi dan kacau selama tiga minit.
6. Masukkan saderi, tauge, cili merah, lada benggala, kicap pekat, kicap cair, garam dan serbuk lada sulah.
7. Kacau hingga rata.
8. Masukkan ke dalam pinggan.
9. Hiaskan dengan kulit tauhu.
10. Hidangkan panas-panas
Sumber : saji
No comments:
Post a Comment