Pages

Sunday, April 15, 2012

RESEPI BINGKA KUKUS




BAHAN-BAHAN
  • 1 cawan air 
  • ½ camca garam
  • 2 cawan abu kayu parut 
  • ½ biji kelapa, diparut 
  • Beberapa titik bahan pewarna merah
BAHAN SIRAP
  • ½ cawan air 
  • 125 gm gula melaka 
  • 1 helai daun pandan, disimpulkan
CARA MEMBUATNYA

BINGKA
  1. Gaulkan ubi kayu, air & bahan pewarna dalam sebuah periuk. 
  2. Kukuskan selama 1/2 jam atau hingga masak. 
  3. Biarkan sejuk. Potong kepada bentuk-bentuk yang disukai. 
  4. Gaulkan garam dengan kelapa parut. 
  5. Balutkan kepingan-kepingan bingka dalam kelapa parut bergaram ini & isikan ke dalam pingan. 
SIRAP
  1. Satukan gula melaka, air & daun pandan dalam sebuah periuk & panaskan hingga larut. 
  2. Besarkan api & didihkan hingga menjadi sirap yang pekat. 
  3. Tapis ke dalam sebuah mangkuk. Hidangkan kuih bingka dengan sirap itu

No comments:

Post a Comment