Pages

Monday, April 2, 2012

Resepi Pajeri Buah Bacang


Bahan-bahan:

1 kg buah bacang masak - dikupas kulit
6 sudu besar rempah daging
4 sudu besar kerisik
4 sudu besar gula merah
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
200 gm kelapa parut - ambil 6 cawan santan

Bahan-bahan untuk tumis:

4 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 sm halia
2 sm kulit kayu manis
2 kuntum buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1/2 cawan minyak

Cara menyediakan:

Buah bacang dipotong saiz sederhana.Gaulkan dengan satu sudu garam dan dua sudu gula. Ketepikan. Panaskan minyak, masukkan bahan-bahan untuk ditumis.Tumis hingga naik bau. Masukkan pula rempah daging, kerisik, gula, garam dan gula merah. Kemudian, masukkan satu cawan santan, kacau perlahan-lahan hingga naik minyak. kemudian masukkan lebihan santan tadi. Kacau perlahan-lahan. Masak  hingga kuah mendidih… Masukkan buah bacang dan masak lagi hingga kuah pekat.kemudian matikan api dan angkat

Sedia dihidang

Sumber : saji

No comments:

Post a Comment