Pages

Saturday, October 16, 2010

RESEPI KURMA KAMBING


BAHAN-BAHAN :

300 gm daging kambing
2 bjii ubi kentang-belah empat
1 labu bawang besar -belah dua
2 biji cili hijau -belah dua
2 biji tomato
50 gm yogurt nastle
125 gm susu penuh krim ideal nestle
30 gm serbuk pati lembu maggi
1 batang serai titik
garam

BAHAN KISAR :

1 bungkus rempah kurma
2 cm halia
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu kecil serbuk lada sulah
200 gm biji gajus
200 gm biji badam
50 gm daun pudina

BAHAN TUMIS :

150 ml minyak sapi
2 cm halia
3 sudu besar minyak
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cingkih
3 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari

CARA MENYEDIAKANNYA :

1. Tumis semua bahan tumis hingga kuning, dan masukkan serai
2. Masukkan bahan kisar, tumis hingga pecah minyak ,kemudian masukkan daging ,masak
hingga daging lembut
3. Masukkan ubi kentang dan biarkan hingga empuk ,Kemudian masukkan bawang besar
susu penuh kerim ideal nastle,yougert dan serbuk pati lembu..maggi serta daun kari
4. Apabila sudah masak angkat dan hiaskan dengan daun pudina dan tomato

SEDIA DIHIDANG

No comments:

Post a Comment