Pages

Sunday, October 10, 2010

RESEPI AYAM KUZI NZ


BAHAN-BAHAN:

800 gm ayam
1cawan santan pekat
150 gm rempah kuzi
garam
gula

BAHAN KISAR:

450 gm bawang besar
120 gm bawang putih
200 gm halia
80 gm buah keras
40 gm lengkuas
5o gm cili boh
200 gm rempah daging

CARA MEMASAKNYA:

1. Bahagikan bahan kisar pada dua bahagian .Sebahagian gunakan untuk memerap ayam selama
setengah jam
2. Panaskan minyak dan tumiskan sebahagian lagi bahan kisar tadi hingga naik bau
3. Masukkan rempah kuzi dan cili boh . Masak hingga pecah minyak .
4. Masukkan ayam yang di perap tadi dan biarkan kecut
5. Masukkan garam dan gula kemudian masukkan santan dan didihkan sekali pekat
6. hiaskan dengan daun pudina ,kacang pis dan buah gajus

SEDIA DIHIDANG.

No comments:

Post a Comment