Pages
▼
Tuesday, October 12, 2010
RESEPI CHICKEN CHOP
BAHAN-BAHANNYA:
2 keping paha ayam
2 keping dada ayam
serbuk perasa
tepung gandum
garam
brown sos-boleh didapati di pasarraya
cendawan butang
salad untuk hiasan
sayur campur
kentang goreng
CARA MEMBUATNYA:
1. Bersihkan dada dan paha ayam,kemudian toskan.
2. Campurkan paha dan dada ayam dalam sebuah mangkuk dan masukkan serbuk perasa garam
,lada sulah dan tepung gandum. Gaul supaya sebati dan perapkan selama 10 minit.
3. Panaskan oven dan panggang bahan yang diperap tadi hingga kekuningan.
4. Setelah kekuningan keluarkan dan hiaskan dengan salad dan sayur campur
Hidangan ini boleh dimakan bersama browness sos yang di campurkan dengan cendawan
butang yang dipotong nipis .Sekiranya sos ini tidak digunakan ianya hendaklah di simpan
dalam peti sejuk. Hanya di keluarkan bila hendak dihidangkan
SEDIA DIHIDANG.
No comments:
Post a Comment