Pages

Tuesday, December 7, 2010

ITIK PANGGANG BERLOBAK

BAHAN – BAHAN :
200 gm daging itik
150 gm lobak putih
50 gm lobak merah
50 gm cendawan hitam
1/2 sudu kecil sos tiram
gula dan garam secukup rasa
2 sudu besar sos limau bali (pomelo)

CARA –CARA MEMBUATNYA :
1. Daging itik dihiris nipis – nipis,lobak putih,merah, dan cendawan hitamdihiris halus
2. Tumiskan bahan-bahan  yang telah dihiris tadi dengan sos tiram,kemudian masukkan garam dan gula secukupnya
3. Gulung bahan- bahan yang ditumis tadi dengan itik hingga habis
4. Setelah gulungan disediakan,tumiskan gulungan tadi hingga masak dan hias diatas piring
5. Akhir sekali tuangkan sos limau bali keatas gulungan daging tadi

SEDIA DIHIDANG .

No comments:

Post a Comment