Pages

Friday, January 21, 2011

KEK COKLAT MOCHA :

DSC07070

BAHAN – BAHAN :

190 gm mentega

120 gm gula pasir

120 gm tepung naik sendiri – diayak

40 gm serbuk koko  - diayak

1/4 sudu kecil serbuk penaik – diayak

150 ml air

11/2 sudu kecil papermint

3 biji telur

 

BAHAN KRIM :

200 gm gula halus

100 gm mentega

1 sudu kecil susu pekat

1 sudu kecil esen papermint

sedikit air panas

 

CARA MEMBUATNYA :

1. Pukul mentega dan gula pasir hingga berkrim

2. Didalam mangkuk lain,pukul telur hingga kembang

3. Masukkan telur sedikit demi sedikit kedalam bancuhan (no1)

4. Masukkan tepung naik sendiri,serbuk penaik,serbuk koko,air dan esen papermint,gaulkan adunan hingga sebati

5. Tuangkan adunan kedalam acuan kek ,bakar dalam ketuhar dengan suhu 180c,selama i jam

6, Satukan semua bahan krim dan pukul sebati

7- Sapukan kek dengan krim hingga rata dan letakkan bebiji coklat diatasnya

 

SEDIA DIHIDANG

No comments:

Post a Comment