Pages

Saturday, February 26, 2011

Akok Pandan


Bahan-bahan:
3 biji telur - dipukul hingga kembang
1 biji kelapa - diperah santan pekat
1/2 cawan gula pasir - dimasak dengan 1/2 cawan air untuk dijadikan air gula
1 cawan air perahan pandan pekat
1/2 cawan tepung gandum
Secubit garam
Sedikit minyak
Cara Menyediakan:
1. Santan dimasak bersama-sama air gula. Bila mendidih, padamkan api dan ketepikan.
2. Bancuhkan tepung gandum dengan air gula hingga sebati. Masukkan garam dan telur, dan kacau lagi hingga rata.
3. Masukkan air perahan daun pandan dan kacau, kemudian tapiskan adunan supaya tidak berketul.
4. Panaskan acuan dan sapu sedikit minyak sebelum dituangkan adunan tepung dan bakar.
5. Bila adunan nampak kekuningan, balikkan menggunakan garpu. Biarkan seketika kemudian angkat
Sumber : utusan

No comments:

Post a Comment