BAHAN-BAHAN:
10 biji pisang muda (kupas kulit)
10 ulas bawang merah (kisar)
20 gm ikan bilis (kisar)
10 tangkai cili padi
2 cm kunyit hidup
3 cawan santan
1 helai daun kunyit
50 gm cendawan kukur (rendam terlebih dahulu dan tuskan)
Garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
1. Pisang direbus separuh masak dengan sedikit air. Setelah empuk sedikit, tuangkan santan dan masukkan bahan-bahan kisar. Air rebusan tidak perlu dibuang.
2. Masukkan daun kunyit dan cendawan kukur.
3. Kacau sentiasa dan masukkan garam.
4. Biarkan kuah mendidih, dan jangan sampai kuah pecah santan
Sumber :utusan
No comments:
Post a Comment