Pages

Monday, February 28, 2011

Murtabak Malindo


Murtabak Malindo
BAHAN-BAHAN:
10 keping tauhu (potong enam)
300 gm udang (cincang)
200 gm daging cincang
10 biji telur
60 gm tepung gandum
100 gm kacang pis hijau dalam tin
150 gm kentang (dadu)
4 tangkai cili merah (hiris)
1 daun sup / daun bawang

BAHAN KISAR KERING:
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
10 tangkai cili merah
1 cm halia
1 sudu kecil lada putih
Garam

CARA MENYEDIAKAN:
1. Goreng tauhu separuh masak. Angkat dan tuskan. Kemudian potong enam bahagian.
2. Pijarkan minyak dan tumiskan bahan kisar kering sehingga naik bau.
3. Masukkan daging cincang, udang, kacang pis dan kentang.
4. Gaulkan tauhu dengan bahan tumisan sehingga sebati. Kemudian masukkan ke dalam acuan empat segi.
5. Bancuhkan telur dengan tepung, kemudian tuangkan di atas tauhu. Taburkan hirisan daun sup, daun bawang dan cili merah. Bakar pada suhu 180oC selama 45 minit
Sumber : Salionline

No comments:

Post a Comment