BAHAN-BAHAN:
1/2 biji tembikai susu
BAHAN SADURAN:
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung pulut
1 sudu kecil gula
Air secukupnya
Secubit garam
BAHAN HIASAN:
Sirap strawberi
Mayonis
CARA MENYEDIAKAN:
1. Potong tembikai susu mengikut kesesuaian.
2. Bancuhkan bahan saduran sehingga sebati. Panaskan minyak dan celupkan tembikai susu di dalam bahan saduran tadi.
3. Kemudian goreng sehingga masak atau kekuning-kuningan. Setelah masak, angkat dan tuskan.
4. Hiaskan dengan mayonis dan sirap strawberi. Hidangkan
No comments:
Post a Comment