Pages

Saturday, March 5, 2011

Daging Goreng Lada Hitam



Bahan-bahan A:
800 gm daging batang pinang - dipotong dadu
1 sudu kecil serbuk lada sulah
2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak masak
Bahan-bahan B:
3 cawan sos perang (brown sauce)
2 sudu besar bawang merah cincang
2 sudu kecil bawang putih cincang
3 sudu kecil lada hitam - ditumbuk kasar
50 gm mentega - dipotong dadu
1/2 cawan krim segar
Garam dan gula secukup rasa
5 batang jagung muda - dikerat 2 cm
1 labu bawang besar - dibelah 8
Cara Menyediakan:
1. Panaskan mentega dan tumiskan bawang putih dan bawang merah cincang. Kacau hingga naik bau.
2. Masukkan sos perang dan biarkan hingga mendidih selama empat minit. Angkat.
3. Bahan-bahan A digaul hingga rata sebelum diperap selama 10 minit sebelum dimasukkan ke dalam kuali dan digoreng di atas api yang sederhana.
4. Bila daging empuk, masukkan adunan sos perang, jagung dan bawang besar. Kacau hingga rata dan angkat.
Sumber : sajionline

No comments:

Post a Comment