Pages

Thursday, March 17, 2011

Ketupat Sotong Halba


Ketupat Sotong Halba

BAHAN-BAHAN:
8 ekor sotong (buang kulit)
2 cawan santan
5 sudu besar gula
Sedikit halba
Sedikit garam
1 tin beras pulut
 


CARA MENYEDIAKAN:
1) Bersihkan sotong dan ketepikan. Beras pulut yang dicuci bersih direndamkan
    bersama santan dan sedikit garam selama 15 minit.
2) Masukkan beras pulut tadi ke dalam perut sotong dan cucukkan kepalanya
    dengan lidi.Ulang langkah yang sama sehingga semua sotong habis.
3) Seterusnya, rebuskan sotong tadi bersama lebihan santan yang digunakan untuk
    merendam beras pulut tadi dan masukkan gula pasir dan halba

sumber : sajionline

No comments:

Post a Comment