Pages

Thursday, March 17, 2011

Ikan Sebelah Sos Hollandaise


Ikan Sebelah Sos Hollandaise
BAHAN-BAHAN:
800 gm ikan sebelah
400 gm bayam
Setangkai parsli
1/2 biji lemon
400 gm ubi kentang
2 ulas bawang putih
50 gm krim
250 gm mentega
2 biji kuning telur
Garam dan lada sulah secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
1. Sayur bayam diambil daunnya sahaja, kemudian celur dan keringkan.
2. Cairkan mentega, tumis bawang putih bersama daun bayam dan krim. Kacau rata dan masukkan garam dan lada secukup rasa.
3. Ubi kentang dipotong membujur dan direbus hingga empuk, gaulkan sedikit mentega dan garam ketika masih panas.
4. Susun ikan di dalam dulang pembakar dan tuangkan air menutupi separuh ikan.
5. Tutup dengan kertas minyak, masak di atas dapur beberapa minit sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar bersuhu 160oC selama 10 minit.
6. Pukul kuning telur dengan mentega cair secara double boiler hingga sos hollandaise menjadi sebati. Masukkan sedikit jus lemon dan garam.
7. Hidangkan ikan bersama sos Hollandaise kentang rebus, bayam berkrim serta hirisan lemon dan parsli sebagai hiasan
Sumber : sajionline

No comments:

Post a Comment