Pages

Wednesday, November 2, 2011

Sup ayam dengan kentang

Bahan-bahan :
1/2 ekor Ayam (dipotong kecil)
5 biji Ubi Kentang (dikupas dan dibelah 4)
1 paket Sup Bunjut Adabi
separuh bungkus kiub ayam knor..Kulit Kayu Manis
1/2 sudu lada hitam biji
1/2 inci halia diketuk
2 ulas bawang merah- ditumis apabila sup siap dimasak,Garam secukup rasa
Daun bawang , daun ketumbar untuk ditabur bila sup nak dihidang
Minyak secukupnya Cara-caranya:
1. Basuh ayam bersih-bersih,.2. Kemudian masukkan ayam kedalam periuk bersama air secukupnya dan letak diatas api.
3. Masukkan halia yang diketuka tadi bersama lada hitam dan kulit kayu manis.
4. Biar mendidih seketika dan masukkan ubi kentang dan biar hingga ubi kentang tadi empuk dan tutup api.
5. Panaskan kualai dan masukkan minyak masak dan tumis bawang yang telah diracik tadi, agak2 garing masukkan tumisan bawang tadi ke dalam sup yang telah siap dimasak.
6. Sedia untuk dihidang. Jangan lupa taburkan daun bawang dan ketumbar

1 comment: