Pages

Monday, December 5, 2011

Resepi nasi minyak nz

Bahan-bahan

  • 1 kg.atau 3 1/2 cawan beras Basmathi
  • 150 ml minyak sapi atau 2 sudu besar butter + 2 sudu besar minyak jagung
  • 3 helai daun pandan
  • 4 cawan air
  • 150 ml atau 1/2 cawan susu cair 
  • 3 camb stok pekat ayam
  • garam secukup rasa
  • bawang goreng  - hiasan
  • 50 gm kismis – hiasan
Bahan Penumis:
  • 4 cm kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3biji buah pelaga
Bahan kisar :
  • 8 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • kunyit 
  • halia
Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak sapi, masukkan bahan penumis dan bahan kisar. Kacau hingga naik bau.Masukkan beras, gaul 3 minit.
  2. Masukkan daun pandan, air, garam, susu dan stok. Kacau sekali-sekala hingga menggelegak.
  3. Bila air dah kering, perlahan api ..tutup periuk. Biarkan nasi masak
  4. Bila nasi dah masak hiaskan dengan kismis dan bawang goreng

No comments:

Post a Comment