Pages

Monday, March 12, 2012

Resepi Sup Ikan Haruan

Bahan-bahan
Ikan haruan
1 batang serai, dititik

1 batang kayu manis

1 kuntum bunga lawang

4 kuntum bunga cengkih

3 biji buah pelaga

3 biji bawang merah kecil, dihiris halus

2 ulas bawang putih, dihiris halus

1 labu bawang besar dihiris

Daun sup,daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan

BAHAN2 REMPAH:-

6 biji bawang merah kecil

3 ulas bawang putih

1 inci halia

1 inci kunyit hidup

1 camca teh lada hitam

1 keping hirisan nipis lengkuas dikisar halus

2 camca besar rempah sup

1 1/2 camca besar rempah kurma 

Garam ,gula dan aji secukup rasa

Cara-cara

Ikan dibersihkan, di potong ikut suka dan perap dgn limau dan garam utk 10 minit. Bilas kembali dan toskan. Satukan .bahan kisar ,rempah sup dan rempah kurma. Gaul rata. Panaskan minyak dalam periuk.. tumis, bawang merah dan bawang putih yg dihiris, serai, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan hingga wangi. Masukkan rempah tadi dan tumis hingga pecah minyak. Gunakan api perlahan. .Masukkan air secukupnya..Biarkan mendidih. Masukkan ikan masukkan bawang besar yang dah dihiris,garam,gula dan aji, ..masak dgn api sederhana hingga ikan masak..Sebelum makan taburkan hirisan daun bawang,daun ,daun sup dan bawang goreng.

No comments:

Post a Comment