Pages
▼
Monday, October 25, 2010
DAGING MASAK BERIANI
BAHAN-BAHAN :
1 1/2 kilo daging lembu di potong kecil
200 gm rempah beriani
150 ml minyak masak
1/2 tin susu cair
garam ,gula dan bahan perasa secukupnya
BAHAN TUMIS ;
3 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
6 biji buah pelaga
BAHAN KISAR ;
50 gm cili kering
100 gm bawang besar
50 gm bawang putih
200 gm halia
CARA MEMASAKNYA :
1. Panaskan minyak, dan masukkan bahan tumis hingga naik bau
2. masukkan pula bahan kisar bersama rempah beriani ,Biarkan hingga garing
3. Masukkan daging ,garam ,gula ,dan juga bahan perasa
4. tuangkan susu cair dan biarkan masak hingga daging empuk.
5. Apabila kuah mendidih dan menjadi pekat ,angkat dan hidangkan bersama nasi beriani .
SEDIA DIHIDANG.
No comments:
Post a Comment