BAHAN - BAHAN :
1 kati tepung gandum
1 bungkus serbuk kari
sedikit garam
4 sudu besar majerin
1 biji kelapa – ambil pati santan
minyak secukupnya
CARA MEMBUATNYA :
1. Tepung gandum di ayak terlebih dahulu dan di campur dengan serbuk kari dan garam dalam sebuah mangkuk
2. Gaul dan biarkan sebati dan masukkan majerin sedikit demi sedikit hingga menjadi serbuk roti.
3. Masukkan santan hingga adunan boleh dibentuk
4. Gentel dengan acuan siput sedikit demi sedikit hingga habis.
5. Panaskan minyak dan gorenglah hingga kekuningan,
6. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu barulah disimpan dalam bekas kedap udara
SEDIA DIHIDANG .
No comments:
Post a Comment