Pages
▼
Sunday, January 2, 2011
Filet Ikan Mayones
Bahan-Bahan:
5 keping isi ikan sebelah atau ikan merah
½ sudu kecil rosemary kering
½ sudu kecil lada hitam
2 cm halia ditumbuk halus
Sedikit garam
1 sudu besar minyak masak
½ biji limau nipis ambil jusnya
Bahan-bahan sos:
2 sudu besar mayonis
2 sudu besar cili sos
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar air suam
Cara:
Gaul ikan dengan kesemua bahan di atas kecuali rosemary.
Aturkan ikan di atas pinggan leper (khas mikrowave) kemudian barulah ditaburkan serbuk rosemary tadi.
Masak dengan 'HIGH' selama 4 minit. Keluarkan dan curahkan sos di atasnya.
Cara membuat sos:
Campurkan kesemua bahan sos dan kacau rata. Curahkan di atas kepingan ikan.
Sumber: Majalah Saji Ogos 2000
No comments:
Post a Comment