Pages

Saturday, December 3, 2011

Pajeri Terung

P1060873

Bahan-bahan:

3 biji terung yang besar-belah dua

2 sudu besar cili kering kisar

1 sudu besar udang kering-ditumbuk

4 ulas bawang merah (dikisar)

2 ulas bawang putih (dikisar)

1 labu bawang besar (dikisar)

2 cm halia (dikisar)

kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih dan buah pelaga

2 sudu besar serbuk kari daging

1 sudu besar kerisik

Sedikit asam jawa ambil airnya.

Garam dan gula-secukup rasa

Santan kotak kecil

Minyak untuk menumis

Cara-cara:

Panaskan minyak dalam kuali,tumis bahan yang dikisar bersama rempah ratus sehingga naik baunya,

masukkan rempah kari dan cili kering sehingga pecah minyak.

Masukkan air asam jawa dan terung,bila terung agak separuh masak,masukkan santan dan udang kering.

Bila terung dah cukup empuk masukkan garam,gula dan kerisik.

Masak seketika dan siap untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment