Pages

Saturday, December 3, 2011

Sup Ayam Lengkuas @ Tom Khai Gai

DSC02903

BAHAN-BAHANNYA

1 ekor ayam sederhana besar, potong ikut suka
1.5 liter air
500 ml santan (boleh guna 3/4 tin susu sejat)
1 biji bawang besar, belah 4
5 helai daun limau purut
3 batang serai, dititik
60 g lengkuas, dihiris nipis
7 biji cili padi siam, diketuk
2 camca besar sos ikan “nampla”
10 biji cendawan butang, belah dua
100 g cendawan telinga kera @ black fungus jenis segar
1/4 biji kobis
1/2 camca besar gula
4 biji limau nipis, perah jusnya
1 genggam daun hirisan daun ketumbar
3 camca besar sambal “khas” (resipi dibawah)
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Belahan cili padi untuk hiasan

BAHAN SAMBAL “KHAS”

1 cawan cili kisar
1 camca besar gula pasir
6 camca besar sos ikan
3/4 cawan minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA

Ayam dicuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan jus limau nipis dan perap 20 minit, cuci kembali dan toskan. Kobis dipotong kasar2, cuci dan toskan.
Dalam periuk, satukan serai, lengkuas, daun limau purut, cili padi ketuk, belahan bawang besar dan jerang hingga mendidih. Masukkan ayam tadi bersama2 sambal khas, cendawan butang dan black fungus. Biar mendidih selama 25 minit atau hingga ayam masak.
Tambah daun ketumbar, sos ikan, gula dan kobis, biar mendidih sekejap dan masukkan santan, biar mendidih perlahan.
Akhir sekali tuang jus limau nipis tadi. Kacau rata dan biar masak sebentar, rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam atau sos ikan. Jika suka masam, perah jus limau nipis lagi.
Hidangkan panas dengan taburan daun bawang dan cili padi hiris….

Boleh dimakan begitu sahaja atau dengan nasi dan mee…Jika menggunakan susu cair, jgn didihkan lama sangat, cukup sekadar mendidih sahaja….


UNTUK SAMBAL KHAS :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili tadi, masukkan gula dan terus menumis hingga cili garing. Matikan api dan masukkan sos ikan, kacau rata. Boleh digunakan untuk sup ayam lengkuas

No comments:

Post a Comment