Pages

Saturday, July 31, 2010

Asam pedas ayam


Bahan-Bahan:
  • 500 gram ekor ayam, dibersihkan dan dipotong-potong
  • 2 keping asam gelugur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 ikat daun kesum
  • Gula dan garam secukupnya
  • 2 cawan air
  • 10 tangkai cili kering, dikisar
  • 6 biji bawang merah, dikisar
  • 1 sm halia, dikisar
  • Sedikit belacan, dikisar
  • 4 tangkai cili merah, dikisar
  • 2 ulas bawang putih, dikisar
  • 1 sm kunyit basah, dikisar
Cara:
  1. Panaskan minyak di dalam periuk.
  2. Tumis bahan-bahan dikisar hingga naik bau.
  3. Masukkan ayam dan air.
  4. Masak hingga mendidih.
  5. Masukkan asam gelugur, gula, garam dan daun kesum.
  6. Kacau hingga rata dan biar hingga betul-betul masak baru diangkat

Friday, July 30, 2010

Kuzi ayam


500 gram ayam

4 sudu mkn minyak masak

300 ml air

200 ml susu sejat

2 biji bawang besar dipotong kiub

2cm halia dihiris nipis

1 ulas bawang putih dikisar

1 biji terung dipotong

3 biji tomato dibelah 2

6 biji cili kering dikisar

3 biji buah pelaga

3 cm kulit kayu manis

bunga cengkih

setengah sudu teh lada hitam

sedikit garam

cara penyedian

panaskan minyak dan tumis bawangputih, cili kering,buah pelaga ,kulit kayu manis,bunga cengkih,serbuk lada hitam sehingga naik bau..

masukkan air dan susu sejat biar mendidih selama 10 ke 15 minit masukkan ayam,terung dan tomato,biarkan ayam sehingga masak. masukkan garam dan perasa secukup rasa. biarkan kuah pekat sedikit... sedia untuk dihidangkan

Wednesday, July 28, 2010

Ayam Goreng Hainan


bahan bahan

8 ketul ayam

setengah cawan tepung jagung

setengah cawan kicap masin

2 sudu minyak bijan

2 ulasbawang besar

sedikit cili api


bahan yang dihiris

250 gram halia muda

200 gram bawang putih

cara penyediaan

perapkan ayam bersama kicap masin,minyak bijan, dan tepung jagung selama 20 minit.

kemudian panaskan minyak dan tumis halia bersama bawang putih hingga naik bau.

kemudian masukkan ayam dan goreng hingga garing . Angkat dan hias dengan cili api di atasnya.sedia dihidang.

Tuesday, July 27, 2010

Ayam goreng berempah NZ



bahan bahan

8 ketul ayam

sedikit daun pandan

sedikit garam

bahan untuk dikisar

1 inci halia

setengah inci lengkuas

5 biji buah keras

1 sudu serbuk kunyit

cara penyediaan

perapkan ayam bersama bahan yang dikisar berserta garam selama 20 minit.
panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing bersama daun pandan...
hiasa mengikut cita rasa.

Sunday, July 25, 2010

Ayam Percik Kelantan NZ stail


bahan bahan

1 ekor ayam dibelah 4

1 biji kelapa (diambil santan)

1 keping asam gelugor

minyak masak

serbuk kunyit

sedikit tepung beras


garam

gula

bahan bahan yang dikisar

2 biji bawang putih

5 biji bawang merah

3 biji cili kering

sedikit halia

cara cara penyediaan


perasakan ayam dgn garam dan serbuk kunyit,

kemudian bakar ayam sehingga masak.


cara penyediaan kuah percik


campurkan santan bersama bahan bahan yang dikisar,masak diatas api yg sederhana hingga santan masak,masukkan asam keping ,garam dan gula secukup rasa,masukkan sedikit tepung berasa utk memekatkan kuah...


tuangkan diatas ayam yg telah di bakar tadi,..sedia untuk dihidang..


selamat mencuba.....





Saturday, July 24, 2010

sup ayam NZ stail

,resepi ayam
bahan bahan

1 ekor ayam (dipotong 14)

1 labu bawang besar

4 biji kentang

1 btg lobak merah

5 kuntum bunga cengkih

1 sedikit kulit kayu manis

1 biji buah pelaga

bunga lawang

sedikit gula

1 sudu sos tiram

garam secukup rasa

daun sup

daun bawang

bawang goreng


bahan bahan ditumbuk

3 ulas bawang putih

2 biji bawang merah

sedikit halia


cara cara penyediaan


rebus ayam sehingga masak,

panaskan minyak masak, tumiskan bahan yg ditumbuk ,bunga lawang,bunga cengkih buah pelaga dan kulit kayu manis sehingga naik bau, kemudian masukkan ayam dan air rebusannya sekali, masukkan kentang,dan lobak merah renehkan sehingga kentang empuk.. masukkan gula dan garam secukup rasa...


sedia dihidang,, hiaskan dngn bawang goreng dan daun sup....

AYAM HALIA NZ stail


Bahan-bahan:

250 gm ayam - potong kecil-kecil
½ sudu makan minyak bijan
4 cm halia – hiris halus
1 sudu makan minyak masak.
2 sudu makan sos tiram
1 sudu teh gula
garam secukup rasa
1 tangkai cili merah – hiris halus
Sedikit daun bawang - hiris

Cara penyediaan:

Perapkan ayam dengan minyak bijan,dan halia selama 15 minit

Panaskan minyak masak tumiskan bwg putih sehingga kuning keemasan,masukkan ayam,halia dan bawang besar,biarkan ayam masak, masukkan sos tiram ,sedikit air,gula,dan garam secukup rasa,taburkan daun bawang dan cili merah .sedia dihidang....

AYAM KERUTUK NZ stail


Bahan-bahan:

1 ekor ayam - bersihkan, buang kulit & potong kecil atau boleh juga dibelah empat
2 sudu makan rempah kari - bancuh dengan sedikit air
2 sudu makan rempah kurma - bancuh dengan sedikit air
2 cawan santan
1 sudu makan kerisik
3 sudu makan minyak untuk menumis

bahan kisar:
2 biji buah keras
2 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara Penyediaan:

Tumiskan bahan yang telah dikisar sehingga garing. Masukkan rempah dan kacau sehingga mesra.

Masukkan ayam, kerisik, garam gula dan santan. Biarkan sehingga mereneh. Masak sehingga ayam menjadi lembut dan kuah menjadi pekat. Pastikan kacau sekali-sekala.

Tup api dan sedia untuk dihidangkan panas dengan nasi