Sunday, October 30, 2011

Kek Epal, Nanas Dan Walnut

Resepi Kek Epal Crumble


Bahan-Bahan: 
¾ cawan gula kastor
1/3 cawan air
125 gm mentega
1 sudu kecil esen vanila
3 biji telur (asingkan putih dan kuning)
3 biji epal (kupas kulit dan potong setebal 1 cm) Bahan-bahan topping:
150 gm tepung
75 gm mentega
30 gm gula kastor

Cara : 
Masak gula dan air ke dalam periuk hingga cair. 

Sejukkan. Putar mentega, vanila dan kuning telur hingga kembang. Masukkan air gula. 

Campurkan telur dan putar sebati. Dalam mangkuk berasingan, putar putih telur hingga kembang.

Campur putih telur ke dalam adunan kuning telur. Kacau rata.

Masukkan separuh adunan ke dalam acuan bulat. Susun epal dan tambah adunan untuk toppng di atasnya. 

Ratakan dan bakar selama 35 minit. 

Untuk membuat topping, gaul semua bahan hingga menjadi serbuk roti.

 Sejukkan.


Resepi Kek Damal



Bahan-Bahan: 
1 gelas gula halus
1 gelas mentega
1 ½ gelas tepung gandum
½ camca kecil baking powder
½ camca kecil esen vanila
½ camca kecil esen ros
4 biji telur


Cara : 


Pukul mentega bersama gula hingga kembang, masukkan putih dan kuning telur yang telah dipukul berasingan terlebih dahulu.


Kacau hingga rata dengan menggunakan senduk kayu. Masukkan esen vanila, esen ros dan akhir sekali masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak terlebih dahulu.


Jika suka masukkan 1 camca kecil pewarna merah. 


Tuangkan ke dalam loyang yang berlenser dan bakar dengan api yang kecil lebih kurang 1 jam.





Bahan-Bahan: 
1 cawan tepung gandum tulen naik sendiri(wholemeal)
2 auns mentega
½ cawan gula merah
1 biji telur
4 sudu besar susu
Sedikit kulit limau parut 1 biji buah epal hijau
1 sudu besar gula halus
½ sudu teh serbuk bunga cengkih
Sedikit garam


Cara : 
Pukul mentega dan gula merah sampai lembut. 


Masukkan telur dan kulit limau (separuh sahaja). Masukkan tepung diselang-seli dengan susu dan kacau rata.


Tuangkan adunan ke dalam acuan sandwic. Kupas buah epal dan potong nipis-nipis.


Aturkan di atas adunan kek tadi.


Campurkan gula, serbuk bunga cengkih dan kulit limau yang separuh lagi. Taburkan di atas buah epal. Bakar 35-40 minit.




Resepi Kek Halia

Bahan-Bahan: 
8 auns tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 ½ sudu teh halia (ditumbuk halus)
2 auns sirap kencana hitam
4 auns sirap kencana pucat 3 auns mentega
2 auns gula merah
2 biji telur
2 sudu teh susu cair

Cara: 
Ayak tepung dan soda bikarbonat dalam sebuah mangkuk.\

Masak kedua-dua sirap kencana, gula merah berasama mentega di atas api perlahan sehingga cair. 

Pukul telur dan susu seketika, campurkan ke dalam air gula yang dimasak.

Masukkan ke dalam tepung dan kacau hingga sebati. 

Masukkan dalam acuan empat persegi yang telah disapu mentega dan bakar selama sejam.

Kek Halma



Bahan-Bahan: 
8 auns kurma (dibuang biji)
1 sudu teh soda bikarbonat
150 ml air panas
4 auns gula merah
4 auns mentega
2 sudu besar sirap kencana hitam 1 sudu besar sirap kencana pucat
2 biji telur
8 auns tepung naik sendiri
2 sudu teh serbuk halia
2 sudu besar gulai aising

Cara :
Cincang buah kurma, taburkan sedikit soda bikarbonat. 


Masukkan ke dalam mangkuk yang berisi 150 ml air panas dan biar sehingga sejuk. 


Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan kedua-dua sirap kencana hitam dan pucat.


Kemudian masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul lagi. Masukkan tepung, halia, buah kurma serta airnya sekali kacau.


Tuang ke dalam acuan bulat dan bakar selama 50 - 60 minit. Setelah dikeluarkan dan bila sejuk barulah ditabur gula aising.

(Resepi) Kek Gulung Pandan



Bahan-Bahan

Untuk Span Pandan:

10 biji telur
180 gm gula
175 gm tepung gandum
12 gm tepung jagung
62 gm mentega cair
2 helai daun pandan Untuk Krim Perasa Pandan:
250 liter susu segar
60 gm gula
3 biji kuning telur
30 gm serbuk santan
250 gm krim putar
10 gm serbuk gelatin
2 helai daun pandan




Cara : 
Tepung gandum & tepung jagung diayak bersama-sama.


Kisar daun pandan dengan air sebelum ditapis & dicampur denagn mentega cair.


Pukul telur & gula hingga kembang kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. 


Kacau hingga rata & masukkan campuran air daun pandan & mentega. Kacau hingga sebati.


Tuangkan adunan ke dalam acuan kek gulung yang telah digriskan & bakar pada suhu 200C (8 minit).



 Untuk membuat krim perasa pandan, kisar daun pandan dengan susu sebelum ditapis & disuamkan. 

Gula dikacau dengan kuning telur, campurkan air daun pandan & susu, serbuk santan & gelatin.



Kacau hingga larut barulah dimasukkan krim putar. 


Kek yang sudah masak ditiarapkan ke atas gris yang dipotong panjang.


 Tuangkan krim perasa pandan ke atas kek, sapu rata. 


Angkat hujung kertas gris, gulung kek perlahan-lahan sebelum dipotong.

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...