Tuesday, November 30, 2010

Resepi Kuih Donat


Bahan-bahan:

1) 500 gram tepung gandum
2) 50 gram gula halus
3) 1 cawan susu tepung
4) ½ sudu teh garam
5) 1 bungkus yis kering
6) 1 sudu makan lemak sayur
7) 1 biji telur (pukul)
8) 2 sudu makan marjerin
9) 250 ml air suam
10) minyak masak (untuk menggoreng tenggelam)
11) Gula halus (pilihan bahan untuk salut)


Cara penyediaan:

1) Masukkan tepung, gula, susu, garam dan lemak sayur ke dalam mangkuk. Gaul rata.
2) Masukkan telur, marjerin dan air suam. Gaul rata hingga menjadi doh. Uli doh hingga tidak melekat.
3) Tutupkan dengan kain lembab, biarkan naik hingga 2 kali ganda.
4) Selepas naik tumbuk-tumbuk doh supaya angin keluar. Uli sekali lagi.
5) Bahagikan adunan kepada bebola kecil dan canaikan. Terap mengikut saiz yang dikehendaki.
6) Biarkan adunan naik sekali lagi.
7) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali dengan api yg sederhana.
8) Goreng donat sehingga keemasan. Angkat dan tos.
9) Biarkan donat sejuk pada suhu bilik. Golek-golekkan donat pada gula halus.

Resepi Putu Mayam



Bahan-bahan:

1 kg tepung beras
1.5 liter air
100 gram kelapa parut
100 gram gula merah
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

Didihkan air. Masukkan tepung beras. Gaul sehingga sebati.
Perapkan adunan selama 4 jam.
Panaskan pengukus.
Masukkan adunan tepung beras ke dalam acuan. Tekan ke dalam pengukus. Kukus selam 5 minit.
Setelah masak, hidangkan bersama gula merah dan kelapa yang digaul dengan garam.

resepi Kuih Putu Kacang


Bahan-bahan:

1 kg kacang hijau
1 kg gula halus
250 gram air

Cara penyediaan:

Masak gula bersama air hingga gula cair sepenuhnya. Tutup api dan biarkan sejuk.
Sementara itu sangai kacang hijau hingga wangi dan masak.
Tumbuk dan tampi untuk asingkan kulit kacang hijau.
Kisar kacang hijau hingga halus.
Ayak kacang telah dikisar ke dalam air gula yang telah disediakan tadi.
Kacau rata dan sebati.
Biarkan seketika selama 3 jam.
Bentukkan putu acuan dengan acuan. Kemudian jemur hingga kering.

Resepi Karipap kentang



Bahan Doh :

250 gram mentega
500 gram tepung gandum
50 ml air sejuk
Minyak untum menggoreng

Bahan Inti:

5 biji ubi kentang – potong dadu dan rebus
2 biji bawang besar – potong dadu
3 tangkai daun kari – hiris halus
4 tangkai daun sup – hiris halus
350 gram daging – dicincang
1 kiub pati ikan bilis
Gula secukup rasa
2 sudu rempah kari ikan
100 ml air
2 sudu minyak masak
½ biji telur rebus

Cara penyediaan Doh:

Campurkan kesemua bahan doh, gaul sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 20 minit.
Gelek doh setebal 3mm dan tekap membentu bulat.

Cara penyediaan Inti:

Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan serbuk kari dan sedikit air. Tumis hingga garing.

Masukkan bahan-bahan inti yang lain, kacau hingga daging masak dan mesra. Tutup api.

Masukkan inti ke dalam kepingan doh dan kelim atau tekap dengan acuan karipap.

Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan dan garing. Angkat dan tos.

Resepi Pajeri Nenas



Bahan :

1 biji nenas [potong kecil] 
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa] 
1 inci halia ] 
5 ulas bawang merah ] tumbuk 
2 ulas bawang putih ] 
1 sudu besar udang kering [tumbuk] 
1 inci cm kulit kayu manis 
6 sudu besar rempah kari ikan [bancuh ngan air] 
4 sudu besar minyak 
2 sudu besar gula merah/putih 
2 sudu besar kerisik 
Garam secukup rasa 

Cara membuat :

1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu 
manis dan rempah kari yang digaul dengan air. 
2. Masukkan kerisik dan nenas. Kacau supaya rempah tidak melekat pada 
periuk. 
3. Masukkan santan dan garam serta gula merah/pasir. 
4. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak 

Monday, November 29, 2010

Resepi Pau Ayam



Bahan-bahan:

500gm tepung pau/tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula


untuk inti:

300gm isi ayam dipotong kecil
3 biji kentang dipotong dadu
1 biji lobak merah dipotong dadu
2 sudu besar kari ayam, garam dan gula
2 ulas bawang putih dan bawang merah

cara buat:

gaul semua bahan-bahan kecuali air
kemudian masukkan air sedikit demi sedikit
uli tepung hingga licin (tidak melekat di tangan)
tutup kain lembab, biar kembang 2x ganda
tumbuk adunan dan bahagi menjadi adunan kecil
bulat-bulatkan dan masukkan inti
lapik adunan atas daun pisang atau kertas
biarkan adunan tadi kembang/naik
panaskan kukusan
masukkan adunan dan kukus lebih kurang 10 minit/ sehingga masak
siap untuk dihidang

cara buat Inti:

panasakan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih
masukkan kari yang telah dibancuh dan masukkan isi ayam, kacau
masukkan kentang, garam, lobak merah dan air
biarkan mendidih dan menjadi pekat
masak hingga lembut

Resepi Pau Kacang Merah

Bahan-bahan :


200 gram kacang merah
Air secukupnya (untuk rebus kacang)
100 gram gula perang
1 sudu teh garam
3 sudu besar minyak masak

Bahan kulit pau :

500 gram tepung gandum
½ sudu teh baking powder
½ sudu teh garam
1 sudu makan gula
1 sudu teh yis segera
2 sudu makan shorterning [crisko]
250 gram air suam
keratan daun pisang atau kertas minyak.


Cara Penyediaan:


Untuk inti :

Rebus kacang hingga separa kembang. Masukkan ke dalam pengisar bersama air rebusan dan kisar sehingga halus.
Satukan kesemua bahan inti dalam periuk dan masak hingga pekat.
Setelah pekat masukkan minyak masak dan kacau sehingga rata.

Untuk pau :

Satukan kesemua bahan kulit pau kecuali air. Gaul rata.
Masukkan air sedikitsedikit sehingga habis. Uli sehingga licin.Tutupkan dengan kain lembab dan biarkan naik 2 kali ganda.
Tumbuk-tumbukkan adunan dan bahagikan adunan menjadi ketulan kecil. Bulat-bulatkan dan masukkan inti di tengah-tengahnya.
Lapikkan adunan diatas keratan daun pisang atau kertas minyak.
Rehatkan adunan sehingga naik lagi.
Sementara itu panaskan kukusan.
Masukkan pau dalam kukusan dan kukus sehingga masak, anggaran selama 10 minit.
Buka tudung kukusan dengan perlahan-perlahan supaya air wap tidak menimpa pau.

Sunday, November 28, 2010

Resepi Cap Cay


BAHAN – BAHAN :
30 gm lobak merah
25 gm kacang buncis
25 gm jagung muda
30 gm bunga kobis
30 gm kobis
30 gm sawi hijau
30 gm kobis panjang
15 gm brokoli
4 hiris tomato
2 ulas bawang putih
2 tangkai cili merah
2 tangkai cili padi
1 biji telur

CARA MEMBUATNYA ;
1. Tumiskan bawang putih,cili merah.dan cili padi hingga naik bau
2. Masukkan telur dan tomato
3. Masukkan kesemua sayur-sayuran dan kacau rata

SEDIA DIHIDANG .

GORENG SOTONG VEGETARIAN ALA KONG PAO

BAHAN A :
10 gm minyak masak
30 gm cili kering
30 gm halia
100 gm lada banggala hijau
100 gm lada banggala merah

BAHAN B :
10 gm Sos tomato
10 gm sos cili
10 gm sos tiram vegetarian

BAHAN C :
150 gm air
300 gm sotong vegetarian

BAHAN D :
2  gm garam
5 gm gula
10 gm tepung jagung- dibancuh dengan sedikit air

CARA MEMBUATNYA :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan B
2. Kemudian tambah dengan bahan C
3. Bila sebati masukkan bahan D

SEDIA DIHIDANG .

DENDENG LAMBOK


BAHAN – BAHAN :
1 kilo daging
10 biji bawang putih- dikisar
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk lada putih
garam secukup rasa
minyak untuk mengoreng dan menumis

BAHAN UNTUK SAMBAL :
100 gm cili hijau – dikisar kasar
30 gm bawang merah- dikisar kasar
2 biji tomato hijau – dipotong kecil
gula secukup rasa
garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :
1. Daging di rebus kemudian dihiris,tumbuk daging untuk melembutkannya
2. Gaul daging dengan bawang putih,ketumbar dan lada putih juga garam secukupnya
.perap sekurang-kurangnya satu jam
3. Kemudian goreng daging seketika,pastikan jangan terlalu garing
4. Kemudian tumiskan pula cili yang dikisar hingga masak
5. Masukkan sedikit gula ,tomato dan garam secukup rasa,biarkan masak
6. Maskkan daging yang dah digoreng dan gaul hingga sebati

SEDIA DIHIDANG .

TEMPE GORENG KICAP

BAHAN-BAHAN ;
2 biji tempe
5 ulas bawang merah besar – dimayang halus
10 ulas bawang putih – dimayang halus
5 biji cili merah – di potong serong
5 biji cili hijau – dipotong serong
5 biji cili padi
5 helai daun salam – dihiris halus
3 sudu makan kicap
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

CARA MEMASAKNYA ;
1. Tampe dipotong anggaran 7cm x 1cm panjang kemudian digoreng hingga garing
2. Kemudian tumis bawang merah,bawang putih bersama dengan daun salam,hingga wangi dan kekuningan
3. Masukkan kicap dan biar hingga mendidih
4. Kemudian masukkan tempe,cili padi dan garam secukup rasa

SEDIA DIHIDANG .

Saturday, November 27, 2010

Resepi Kari Kerang



BAHAN-BAHANNYA :

1.2 kg kerang segar, cuci bersih dan toskan
250 ml  santan
1 liter santan cair
Sedikit air jika perlu
2 camca besar cili kisar
2 camca besar penuh rempah kari ikan 
5 biji kentang
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :

1 biji bawang besar
7 biji bawag merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1/3 inci belacan

BAHAN TUMIS :

4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
3 tangkai daun kari

CARA MEMBUATNYA :

1. Satukan rempah kari dengan bahan kisar halus. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing, masukkan rempah kari dan bahan kisar halus dan biar hingga terbit minyak, gunakan api sederhana.
2. Masukkan kerang dan gaul rata. Masak sekejap. Tuang santan cair, kacau dan masukkan asam gelugor, biar mendidih hingga kerang masak (mudah terbuka). Masukkan santan pekat. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau sedikit. Masak dengan api sederhana..

HARUAN BAKAR


BAHAN – BAHAN :

1 ekor ikan haruan
garam secukup rasa
serbuk kunyit secukupnya

BAHAN UNTUK PENCICAH :

kicap lemak manis
1 biji bawang besar
sedikit lada hitam ditumbuk kasar

CARA – CARA MEMBUATNYA :

1. Gaul lada hitam yang dah di bersihkan dengan garam dan serbuk kunyit
2. Kemudian bakar kan hingga masak. dalam ketuhar atau atas arang
3. Sementara menunggu ikan masak ,sediakan pencicah
4. Ambil semangkuk kecil kicap,campurkan dengan lada hitam dan hirisan bawang besar,ketepikan
5. Setelah ikan siap dibakar bolehlah dimakan bersama pencicah

SEDA DIHIDANG .

HARUAN MASAK LADA HITAM


BAHAN – BAHAN  :

1 ekor ikan haruan – di potong dadu
2 keping asam keping
5 cm halia – dihiris
1 biji bawang besar – dihiris
2 ulas bawang putih – diketuk
1 sudu besar lada hitam – ditumbuk
garam secukup rasa
air untuk memasak

CARA MEMBUATNYA :

1. Masukkan air kedalam periuk dan masukkan bawang besar,bawang putih, lada hitam, Biarkan seketika hingga mendidih
2. Masukkan ikan haruan dan biarkan mendidih lagi
3. Masukkan pula garam secukup rasa ,asam keping dan lada hitam yang telah ditumbuk
5, Biarkan hingga masak ,

SEDIA DIHIDANG .

AYAM TELUR BUNGKUS

BAHAN –BAHAN :
i potong ayam -  bahagian dada
2 biji telur – dipukul
2 biji cili pad  - dihiris halus
2 bij cili merah – dihiris halus
4 biji bawang merah – dihirs halus
1 batang serai – dihirs halus
4 sudu besar jus limau nips
sedikit daun bawang
garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA ;
1. Goreng telur yang dah d pukul menjadi pancke
2. Masukkan ayam dan kesemua bahan ,gaul rata
3. Kemudian masukkan arlimau nipis dan garam secukup rasa
4. Lepaskan bahan – bahan tersebutdi atas telur dadar
5. Gulung seperti membuat popiah .

SEDIA DIHDANGKAN .

SUP AYAM SANTAN

BAHAN – BAHAN :
1 potong ayam bahagian dada – rebus dan potong dadu
180 gm santan
50 gm halia – dihirs halus
100 gm bawang putih – dikisar halus
50 gm lengkuas – diksar halus
50 biji cili padi – dksar halus
10 helai daun selasih
2 cawan air
1 batang serai
garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :
1. Tums halia ,bawang putih dan bawang merah
2. Masukkan ayam,serai,lengkuas dan cli padi.tumis dengan rata
3. Masukkan air dan biarkan mendidih
4. Masukkan santan perlahan-lahan,keclkan api dan biarkan mendidih sehngga naik bau
5. Masukan daun selasih dan garam secukup rasa

SEDIA DIHIDANG .

TENGGIRI MASAK ASAM


BAHAN – BAHAN :
250 ml air
2 ketul ikan tenggiri
3-4 nci halia -  dimayang
3 biji bawang merah
1/2 cawan air asam jawa
1/2 sudu teh serbuk lada hitam

CARA MEMBUATNYA :
1. Tumis bawang merah dan halia hingganaik bau
2. Masukkan ikan tenggiri,serbuk lada hitam dan tambahkan garam
3. Masukkan air asam jawa kacau semua bahan dan biarkan hingga mendidih
4. Angkat dan hdangkan bersama nas putih panas

SEDA DIHDANG .

IKAN KUKUS ISTIMEWA

BAHAN- BAHAN :
1 ekor ikan bawal putih
2 cm halia muda – dihiris nipis dan potong memanjang
2 cm kunyit hidup – dihiris nipis dan potong memanjang
2 ulas bawang putih  - dihris nipis
1 cawan air asam jawa
lada hitam secukupnya – tumbuk halus
Garam secukup rasa
selain ikan bawal boleh juga menggunakan kanlain asalkandari jenis yang tidak gatal
seperti tenggiri atau ikan merah

CARA MEMBUATNYA :
1. Cuci bersh ikan dan masukkan kedalam mangkuk yang akan digunakan untuk mengukus
2. Masukkan pula bawang putih ,halia ,kunyit hidup,ar asam jawa dangaram secukupnya
3. Kukus hingga si ikan benar-benar masak
4. Angkat dan hidangkan.

SEDIA DIHIDANG

Friday, November 26, 2010

Nasi Beriani Udang Galah

Bahan-bahan



Bahan Nasi Beriani
4 cawan Beras Basmati – dibersihkan dan direndam 15 minit
12 cawan air atau secukupnya
Rempah kering - kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, daun salam, lada hitam.

Bahan Masak Udang
3 sudu besar Minyak Sapi
1 batang Kulit Kayu Manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum Bunga Cengkih
4 biji Buah Pelaga
1 biji Bawang Besar
3 ulas Bawang Putih
2 inci Halia
500 gm Udang galah – dibersihkan
dadih - 250 ml susu segar + 1 biji perahan lemon
1 cawan Air
3 biji Tomato - dipotong 6
3 biji Ubi Kentang - potong 4 dan goreng sehingga masak
Garam (secukup rasa)
1/2 cawan Susu + secubit Saffron/Koma-koma – dipanaskan
1/2 sudu kecil Serbuk Kunyit
150 gm rempah beriyani – jadikan pes
100 gm cili boh

Hiasan
Bawang Goreng
Daun Ketumbar dihiris kasar

Cara

Cara Memasak Beriani
Toskan beras dan didihkan air secukupnya bersama campuran rempah kering. Masukkan beras dan rebus hingga masak. Tapiskan.


Cara Memasak Udang
  1. Panaskan minyak sapi dan tumiskan kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga, bawang besar, bawang putih, halia dan serbuk kunyit yang dikisar hingga wangi.
  2. Masukkan pes beriani dan cili boh dan masak diatas api perlahan hingga pecah minyak.
  3. Masukkan udang, dadih, air, garam, tomato, ubi kentang dan jus limau. Masak hingga kuah menjadi pekat.
  4. Letakkan satu lapisan nasi yang telah dimasak tadi kedalam periuk, berselang-seli dengan udang beriani & renjiskan campuran susu dan saffron diatasnya, tutup periuk dengan rapat.
  5. Masak bahan tadi diatas api perlahan selama 15 minit.
  6. Hiaskan dengan hirisan daun ketumbar dan bawang goreng.
sumber resepi.net

Nasi Goreng Bilis Telur

recipe image

Bahan-bahan

4 plate-full of rice
4 cloves garlic - crushed n chopped
1 bowl fried ikan bilis
1/2 bowl frozen mixed vege
4 eggs - lightly beaten
salt to taste
cooking oil



Cara
  1. Heat-up cooking oil in a nonstick pan. Saute garlic till lightly brown.
  2. Add in mixed vege, fry a bit.
  3. Add in ikan bilis and rice. Mix well to cook. Season with salt.
  4. Low the heat, stir in beaten eggs to well covered. Up the heat again, and stir and fold the rice until cooked and dried.

Ayam Goreng Pandan

recipe image



Bahan-bahan'


1/2 ekor ayam
2 inci halia
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
21/2 sudu kecil serbuk kunyit
11/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
ketumbar*
jintan putih*
garam*
madu**
daun pandan



Cara



  • Cuci ayam bersih-bersih

  • Blend halia, bawang putih dan bawang merah

  • Campurkan semua serbuk2 , ketumbar dan jintan putih.

  • Balut ayam yang telah diperap dengan daun pandan

  • Goreng sampai coklat keemasan..



  • Kuih Kasui (Kuih Kaswi)

    recipe image



    Bahan-bahan



    Sumber : Blackmore
    1 cawan gula
    1 ketul besar gula melaka
    5 cawan air
    11/2 cawan tepong gandum
    1/2 cawan tepong kanji
    1/2 cawan tepong beras
    3 sudu makan air kapur
    1 sudu makan coklat paste (to give u that perfect brown color)
    daun pandan
    loyang yang disapukan ngan sedikit minyak makan
    Cara
    1. Gunakan 2 cawan air untuk memasak gula melaka dan gula pasir bersama daun pandan tadi.
    2. Masak hingga gula larut kemudian tapis dan ketepikan.
    3. Kemudian add in the remaining 3 cups of water tadi agar mixture nie lekas sejuk.
    4. Bila ianya sejuk, masukkan tepong2 tadi dan kacau rata.
    5. Add in air kapur dan chocolate paste dan kacau rata.
    6. Kemudian tapiskan adonan nie. Kalau ada ketulan2 tepong ditapis, larutkan ianya.
    7. Bila dah tapis, tanakkan sebentar mixture nie under slow fire for a few minits dalam 5 minit jer dah ok. Mesti kacau selalu mixture nie.
    8. Kemudian masukkan dalam loyang dan kukus for 45 minits.
    9. Setelah ianya masak, permukaan kuih nie selalunya lembab sedikit when it is hot. Ambil kertas kitchen roll dan just gently dab dry permukaan kuih nie. Biarkan ianya sejuk sebelom memotongnya menggunakan pisau plastic.
    10. Kalau pakai acuan yang kecil2 tu, lapkan acuan nie ngan minyak dan biarkan dalam kukusan for few minits.
    11. Kemudian pour in the mixture. Kukus for about 10 minits...

    Roti Gulung Sardin

    recipe image





    Bahan-bahan


    1kg tepung roti
    140g gula kastor
    20g garam
    102g majerin
    20g yis
    10g pemantap roti / bread improver
    20g softener
    2 biji telor
    500ml air ais (wa belasah air biasa jer...)
    30g tepung susu


    Inti Sardin

    2 tin besar sardin (wa suka guna mackerel) - buang sosnya
    1 labu bawang besar - dadu/cincang
    3 ulas bawang putin - cincang halus
    2 biji cili merah - cincang
    sedikit halia - hiris halus
    2 keping asam gelugur (asam keping) - rendam sekejap
    2 sudu besar sos cili
    4 sudu besar minyak utk menumis garam secukup rasa




    Roti
    1. Satukan bahan kering ke dalam mangkuk pengadun.
    2. Uli pada kelajuan minimum.
    3. Sambil tu masukkan bahan cecair secara perlahan.
    4. Uli hingga jadi doh.
    5. Masukkan majerin dan teruskan ulian sehingga doh menjadi licin.
    Inti
    1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan cincang/hiris hingga naik bau. masukkan sardin. lenyek2kan biar hancur.
    2. Masukkan sos cili dan asam keping. Biar sedikit kering. Perasakan dengan garam.
    3. Jika suka bubuh la serbuk perasa (ganti ngan secubit gula).

    Blueberry Cheese Tart

    recipe image



    Bahan-bahan


    Pastri

    250gm mentega
    60gm gula icing
    1 biji telur
    1 biji kuning telur
    420gm tepung gandum
    1 sudu makan susu tepung (optional)
    1 sudu teh esen vanilla


    Filling

    250gm cream cheese
    50gm mentega
    60gm gula kastor
    1 biji telur
    3 sudu besar whipping cream
    Sedikit blueberry filling (mashed) secukupnya




    Cara-cara membuat pastri:-
    1. Pukul mentega dan gula icing sehingga rata.  Tidak perlu pukul hingga kembang.
    2. Masukkan telur dan esen vanilla.  Pukul hingga telur sebati dengan adunan mentega tadi.
    3. Masukkan tepung yang telah diayak bersama dengan susu tepung sekiranya susu tepung digunakan.  Uli menggunakan tangan dengan perlahan.
    4. Simpan adunan pastri ini ke dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam untuk merehatkan adunan pastri dan proses ini akan dapat mengelakkan pastri mengecut bila dibakar.
    5. Setelah 1 jam, kuarkan adunan dan canai mengikut ketebalan yang diingini.  Masukkan ke dalam acuan mini tart dan cucuk dengan garpu.
    6. Bakar dengan kepanasan 160 ºc sehingga kekuningan (separuh masak)

    Cara-cara membuat Filling Keju:-
    1. Pukul cream cheese, mentega dan gula kastor sehingga sebati.
    2. Masukkan telur dan whipping cream.  Pukul sebentar sehingga adunan telur dan whipping cream sebati.

    Cara-cara membuat blueberry cheese tart:-
    1. Masukkan blueberry filling ke dalam kulit pastri yang telah dibakar dan diikuti dengan adunan cheese.
    2. Lorekkan sedikit blueberry filling di atas adunan cheese.
    3. Bakar pada suhu 180ºc selama 10 - 15 minit bergantung kepada oven masing-masing.

    Ala KFC Cheesy Wedges





    Bahan-bahan





    Sumber -  Rinnchan

    500g frozen wedges
    5 sliced cheese (orange in color) ~ the more the yummier
    1 tablespoon butter
    1 tablespoon flour
    1/2 cup fresh milk
    2 tablespoons plain yogurt
    Mayonaise

    Cara



  • Fry the wedges till crispy. Set aside.

  • Melt butter in a non stick pan over slow fire. Add flour and stir well.

  • Add fresh milk and stir till the mixture thickens.

  • Add in cheese and stir till the cheese melts.

  • Add in yogurt and stir well. 6. Place the cheesy sauce and mayonaise in 2 different piping bag. Pipe onto the wedges. Ready to serve

  • Bubur Sum Sum


    Bahan A:
    1250 ml santan + air - saya guna santan kotak cap ayam, kalau nak lebih rasa lemak, lebihkan santan
    120 gm tepung beras
    ½ sudu teh garam

    Bahan B:
    1 cawan gula
    1½–2 cawan air
    2 helai daun pandan
    Pewarna hijau, jika suka

    Cara



  • Satukan A (masukkan santan sedikit dahulu supaya tepung tidak bergentel).  Gaul sebati.



  • Masak atas api sederhana sambil dikacau sentiasa hingga berkilat (meletup-letup).



  • Tuang ke dalam loyang 7x7in atau acuan yang digemari (sapu sedikit minyak pada loyang/acuan terlebih dahulu).  Biarkan hingga betul-betul sejuk sebelum dipotong.



  • Satukan B.  Masak hingga gula hancur dan mendidih.  Biarkan sejuk.



  • Hidangkan.  Bubur sum sum ini sedap dimakan setelah disimpan sejuk.







  • ShareThis

    Blog Archive

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...