Saturday, June 30, 2012

Resepi Tepung Boko Ubi kayu

pic credit to balquen
Bahan Bahannya

Bahan A 

2 cawan            Ubi kayu yang telah diparut
4 cawan           Air pandan
1 1/2                 Gula

Bahan B 

1 cawan          Santan
3 sudu            Tepung Beras
sdkt garam

Cara Penyediaan

Untuk bahan A ..kacau kesemua bahan di atas api sederhana sehingga nampak berkilat.
Setelah itu bolehlah diangkat dan sejukkan.

Untuk bahan B....campurkan santan, tepung beras  dan garam ,kemudian kacau di atas api sederhana sehingga pekat.

Cara menghidangkannya, letakkan ubi kayu tadi ke dalam mangkuk atau bekasa sajian, kemudian tuangkan kuah santan keatasnya..

Thursday, June 28, 2012

Resepi Masak Lemak Putih Petola

Bahan Bahan

2 biji Petola (dibuang kulit dan dipotong)
2 cawan santan
1 ekor   Ikan kembung (dibakar dan diambil isinya)
1/2 sudu teh lada hitam
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
20 gram suhun
1 biji cili merah (dihiris)
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara menyediakan

Campurkan santan dengan isi ikan, bawang merah,bawang putih serta lada hitam.

Didihkan kemudian masukkan petola,cili merah dan juga suhun.

Masukkan garam dan perasa.

Sedia dihidangkan

Resepi Tomyam Putih Ala Thai Nz



Bahan Bahan

50 gram Ayam
50 gram Udang
50 gram Sotong
1 labu Bawang Besar Bombay
4 ulas Bawang putih
1 biji Tomato
2 btg Serai
4 biji limau nipis
Sedikit daun limau purut
Garam dan serbuk perasa
2 sudu Sos tiram
1 sudu susu pekat

Cara Menyediakan

Didihkan air didalam kuali masukkan bawang putih .

Selepas air mendidih masukkan ayam ,udang dan sotong,biarkan sebentar,kemudian masukkan bawang besar, serai dan sos tiram.

Masukkan garam, dan serbuk perasa secukupnya.Kemudian masukkan perahan air limau nipis dan cili api yang telah diketuk.

Yang terakhir masukkan susu ,tomato dan daun limau purut.
Sedia dihidang .hiaskan dengan hirisan daun ketumbar,,...





Wednesday, June 27, 2012

Resepi Kuih Lompat Tikam

Bahan Bahannya

1. DOH

250 gram  Tepung beras
5 cawan    Air daun pandan

2. KUAH

2 cawan                  Santan
1 1/2 sudu besar   Tepung beras

3. GULA MELAKA

500 gram     Gula melaka
1 cawan       Air

4. PULUT 

1/2 kg Beras pulut  (dibasuh dan direndam)
Sedikit pewarna merah

Cara Menyediakan 

Untuk doh ...Kacau tepung beras bersama air daun pandan diaatas api sederhana sehingga pekat.

Untuk kuah...Masukkan santan bersama tepung beras dan garam,kacau diatas api sederhana sehingga pekat dan bolehlah diangkat.

Untuk Pulut...Pulut digaulkan dengan pewarna merah dan ditanak atau dimasak dengan sedikit air.

Cara menghidangkan, letak sedikit doh serta pulut kedalam mangku atau bekas sajian, setelah itu tuangkan sedikit kuah dan gula melaka keatasnya.

Tuesday, June 26, 2012

Gulai Darat Siput Sedut

Bahan bahan

1 kg siput sedut (dibersihkan dan dipotong hujung)
2 cawan santan
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
6 ulas bawang merah (ditumbuk)
5sm kunyit hidup (ditumbuk)
5sm Lengkuas (ditumbuk)
6 Tangkai Cili kering (ditumbuk)
1 sudu besar kerisik
1 sudu teh serbuk ketumbar
Sedikit budu
Garam
4 helai daun kaduk (dihiris halus)
sedikit daun kesum (dihiris halus)

Cara memasak

Campurkan santan bersama bahan-bahan yang telah ditumbuk  kedalam periuk.

Kemudian didihkan di atas api perlahan .

Setelah mendidih masukkan siput,daun kesum,daun kadok,serbuk ketumbar,kerisik,budu dan garam.

Biarkan seketika dan boleh diangkat.


Thursday, June 14, 2012

Resepi Puding Karamel Berkacang

Puding Karamel Berkacang
BAHAN-BAHAN:
1/4 tin susu cair
1/2 tin susu pekat (tin kecil)
8 biji telur
1 tin air
1 sudu kecil vanila
2 sudu besar gula
50 gm kacang tanah (sangai dan tumbuk kasar)
10 gm keju
CARA MENYEDIAKAN:
Campurkan susu cair, susu pekat, telur, air dan vanila. Kemudian pukul rata dan sebati.Kemudian masukkan kacang ke dalam acuan.Masukkan bahan ke dalam acuan dan kukus hingga masak.Setelah masak, angkat. Sagatkan keju di atasnya dan bakar di dalam ketuhar selama 5 minit.
Sumber : saji

ResepiSom tham Thai

Bahan-bahan:
5 tangkai cili padi
3 ulas bawang putih
2 sudu besar air gula kabung
1 sudu besar sos sotong
1 sudu kecil garam
50 gm kacang tanah - goreng tanpa minyak
50 gm udang kering
100 gm mangga muda - parut memanjang
200 gm betik muda - parut memanjang
2 kelopak daun salad
2 tangkai kangkung
2 batang kacang panjang
Beberapa hiris limau nipis diambil jusnya
1 kuntum bunga kantan
Cara menyediakan:
Lenyekkan bawang putih dan cili padi hingga hancur menggunakan batu tumbuk di dalam periuk tanah. Masukkan udang kering, garam dan kacang tanah, lenyekkan lagi. Masukkan pula air gula dan sos sotong, lenyekkan lagi sehingga semuanya sebati.Masukkan mangga dan betik muda yang telah diparut memanjang, lenyekkan seketika.Tuangkan jus limau nipis, kacau rata..tangan. Kemudian hiris halus bunga kantan, masukkan ke dalam bahan-bahan yang lain, dan kacau rata. Hidangkan bersama daun salad dan kangkung
Sedia dihidang
Sumber : Saji.

Resepi Masak Ayam Sos Lemon Berlada Hitam

Bahan-bahan:
450 gm ayam
1 ulas bawang putih - cincang halus
1 sudu besar serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur - dipukul ringan
Minyak secukupnya
Bahan Sos:
1/4 biji lemon - diperah jusnya
1 sudu kecil gula
Sedikit garam
1 cawan stok ayam
1 sudu kecil tepung jagung - untuk memekatkan sos
1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
(Masak semua bahan (kecuali tepung jagung) hingga mendidih, kemudian masukkan tepung jagung untuk memekatkannya)
Cara Menyediakan:
Ayam dipotong kecil, dibuang tulang dan dileperkan isinya.Gaulkan isi ayam dengan garam, serbuk lada hitan dan bawang putih. Perap selama 20 minit.Panaskan minyak, celup kepingan ayam dalam telur, golekkan atas tepung gandum dan goreng hingga kekuningan. Atur ayam goreng di atas pinggan dan hiaskan dengan tomato, salad dan timun. Tuangkan sos dan hidang ketika masih panas. Anda juga boleh gaulkan sekali ayam yang telah digoreng bersama sos di dalam kuali sebelum dialihkan ke pinggan hidangan.
Sedia dihidang,
Sumber : saji

Monday, June 11, 2012

Masak Gulai Lemak Pisang Pucuk Paku


Bahan-bahan:
15 biji pisang lemak manis
1 ikat pucuk paku
santan dari 1  biji kelapa
2 keping asam gelugur
Garam ,gula dan aji secukup rasa
Bahan-bahan untuk dikisar:
15 biji cili padi
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
kunyit hidup
sedikit ikan bilis
1 sudu besar lada hitam
Cara menyediakan:
Pisang dibersihkan dan dipotong ikut suka.Rendamkan di dalam air. Kemudian tuskan.Tuangkan santan di dalam periuk.Masukkan bahan-bahan kisar serta asam gelugur.Kacau perlahan-lahan di atas api sederhana hingga mendidih. Masukkan pula pisang dan pucuk paku.masukkan garam.,gula dan aji, Masak hingga pisang empuk…bila pisang dah empuk,dah cukup rasa dan dah masak ,matikan api dan angkat,
Sedia dihidang
Sumber : saji

Resepi Rendang udang

Bahan-bahan:
600 gm udang bersaiz sederhana
1 labu bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
3 cm halia - dikisar
1 cm lengkuas - dikisar
3 batang serai - dikisar
15 biji cili kering - dikisar
30 gm kerisik
1 sudu kecil serbuk kunyit
3 helai daun limau purut
2 keping asam gelugur
200 ml santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis dan menggoreng
Cara Menyediakan:
Udang digaul dengan kunyit kemudian digoreng hingga masak. Tuskan. Panaskan sedikit minyak kemudian tumiskan bahan-bahan tumbuk. Kacau sehingga rata dan biarkan hingga garing dan pecah minyak. Masukkan santan, kerisik, daun limau purut dan asam gelugur. Kacau hingga rata. Akhir sekali masukkan udang, garam dan gula. Kacau hingga rata.bila dah rata,dah dukup rasa dan dah masak ,matikan api dan angkat
Sedia dihidang
Sumber : saji

Tuesday, June 5, 2012

Resepi Masak Bubur Ayam

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
1 cawan beras
4 cawan air
2 ulas bawang putih - diketuk
1 hiris halia
Lada sulah secukupnya
Sedikit bawang goreng
Sedikit hirisan daun sup
1 sudu besar hirisan cili padi
1 sudu besar kicap cair
1 tangkai cili merah - dihiris
Garam secukup rasa
Cara Menyediakan:
Rebus ayam bersama sedikit air, bawang putih dan halia hingga empuk. Di dalam periuk lain rebus pula beras bersama air hingga betul-betul kembang.Masukkan ayam, biarkan mendidih sekali lagi dan masukkan garam.secukup rasa..taburkan bawang goreng,daun sup dn hirisan cili merah bila hendak di makan..Hidangkan bersama cili padi hiris yang direndamkan di dalam kicap cair.
Sumber : saji

Resepi Masak Bubur Ayam

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
1 cawan beras
4 cawan air
2 ulas bawang putih - diketuk
1 hiris halia
Lada sulah secukupnya
Sedikit bawang goreng
Sedikit hirisan daun sup
1 sudu besar hirisan cili padi
1 sudu besar kicap cair
1 tangkai cili merah - dihiris
Garam secukup rasa
Cara Menyediakan:
Rebus ayam bersama sedikit air, bawang putih dan halia hingga empuk. Di dalam periuk lain rebus pula beras bersama air hingga betul-betul kembang.Masukkan ayam, biarkan mendidih sekali lagi dan masukkan garam.secukup rasa..taburkan bawang goreng,daun sup dn hirisan cili merah bila hendak di makan..Hidangkan bersama cili padi hiris yang direndamkan di dalam kicap cair.
Sumber : saji

Tulang Rusuk Tumis Dara

Bahan-bahan:
2 kilo daging bahagian rusuk
5 sudu besar kismis kuning
6 helai daun limau purut - dimayang halus
1 sudu besar gula melaka – dihancurkan
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
Bahan-bahan untuk dikisar:
20 biji cili padi
15 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
4 sm halia muda
4 sm lengkuas muda
3 batang serai
Cara menyediakan:
Rebus daging bertulang hingga empuk.  Simpan airnya.  Sementara itu, tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik bau. Masukkan daun limau purut yang dimayang halus bersama kismis.  Masukkan garam dan gula melaka. Gaul rata.  Tumis selama 15 minit di atas api yang kecil.  Kemudian tuangkan ke dalam rebusan daging tadi.  Masak lagi sehingga air rebusan yang bercampur tumisan tadi menjadi sedikit kering. Bolehlah dihidangkan panas-panas.
Sumber : saji

Monday, June 4, 2012

Resepi Puding Roti Pisang

Puding Roti Pisang
BAHAN-BAHAN:
2 biji pisang montel/berangan/mas
6 keping roti
2 biji telur
2 sudu besar kismis
2 sudu besar gula perang
1 cawan susu segar
100 gm mentega/marjerin
3 sudu besar jagung
CARA MENYEDIAKAN:
Pisang dihiris nipis. Pukul mentega atau marjerin, telur, dan susu.. Roti disiat dan direndam dalam adunan susu. Susunkan roti di bahagian bawah acuan.Taburkan hirisan pisang, kismis, jagung dan gula perang.Susun selapis lagi dengan roti. Ulang proses nombor 5. Di bahagian atas susun semula roti.kemudian  Bakar pada suhu 180oC selama 45 minit…bila dah masak,angka
Sedia dihidang
Sumber: saji

Resepi Masak Jantung Manis


Bahan-bahan:


2 biji jantung pisang
10 ulas bawang merah - tumbuk lumat
6 ulas bawang putih - tumbuk lumat
6 biji cili merah - tumbuk lumat
1 cawan ikan bilis - tumbuk lumat
santan dari I biji kelapa
8 keping tempe - dipotong kecil
Garam dan gula ,aji secukup rasa

Cara Menyediakan:

Belah jantung memanjang menjadi empat keping, dan rebus bersama 2 cawan air serta bahan-bahan tumbuk.Bila jantung separuh empuk, masukkan bahan-bahan tumbuk, tempe dan santan. Biarkan mendidih. Kecilkan api dan biarkan mereneh sekejap ,kemudian masukkan garam , gula.dan aji secukup rasa,bila dha cukup rasa dan dah masak,matikan api dan angkat
Sedia dihidang

Sumber : saji

Resepi Bebola Ikan

Bahan-bahan:

3 potong ikan tenggiri
3 biji kentang yang sederhana besarnya
1 tangkai cili merah - dihiris
2 sm halia - dihiris panjang
3 ulas bawang putih - dihiris
1 sudu jintan manis dan jintan putih - dihancurkan
1 tangkai daun ketumbar - dihiris
1 tangkai daun bawang - dihiris
8 keping biskut lemak - dihancurkan
1 biji telur - dipukul ringan
Garam secukup rasa

Cara Menyediakan:

Bersihkan ikan dan kukus hingga masak. Hancurkan ikan dan kentang yang sudah dibuang kulitnya. Campurkan adunan ikan dengan jintan manis, jintan putih, bawang putih, halia, cili merah, daun ketumbar, daun bawang dan garam. Gaul hingga bercampur rata. Ambil sedikit adunan dan bentukkan menjadi bebola kecil. Panaskan minyak, celup bebola ikan dalam telur dan golek dalam serbuk biskut. Goreng bebola ikan hingga menjadi keperang-perangan..bila dah perang ,angkat

Sedia dihidang

Sumber saji

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...