Sunday, September 26, 2010

Resepi Sotong Goreng Berempah


Bahan-bahannya
;

600 gm sotong-dibersih dan dipotong.
10 bawang merah-ditumbuk
2 ulas bawang putih -ditumbuk
1/4 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 cawan santan
4 biji cili hijau
2 biji tomato
1/2 cawan air asam jawa
3 sudu makan serbuk kari ikan
8 sudu makan minyak masak -untuk menumis.


cara membuatnya
,

Panaskan minyak dalam periuk ,tumis bawang putih dan bawang merah hingga kuning,bila telah naik bau masukkan rempah kari, dan kacau, masak hingga naik minyak.
Masukkan sotong,santan dan air asam.Kacau hingga mendidih dan masukkan cili hijau,tomato dan garam secukup rasa.

Resepi Nasi Lemak Kukus.


Bahan-bahan nasi.

1 kilo beras,
5 cawan santan
3 helai daun pandan
2 cm halia di hiris
3 biji bawang merah
garam secukup rasa

Bahan-bahan sambal.

125gm ikan bilis (digoreng)
125gm bawang merah
60gm cili kering (direndam & ditoskan)
6biji buah keras
5sm belacan (dibakar)
2sudu besar minyak masak
1batang serai (dititik)
sedikit air asam jawa
garam dan bahan perasa lain

Bahan sampingan.

2 biji telur
sedikit kacang tanah goreng
sedikit timun.


Cara-cara menyediakan nasi.


Basuh beras dan tos,masuk semua bahan dalam periuk,masak hinga sebati dengan santan,,
Pindahkan nasi kedalam kukus berlubang dan kukus hingga naik wap selama 30 minit.
sedia di hidang bersama bahan lain.

Cara-cara menyediakan sambal.


Untuk sambal, kisarkan cili kering,bawang,belacan dan buah keras.
Tumis sehingga kering sedikit. Masukkan air asam jawa,garam dan bahan perasa lain secukupnya. Masukkan ikan bilis. Sedia dihidang bersama nasi.

RESEPI NASI DAGANG


Bahan=bahannya.

2kg beras lembut,
2 biji kelapa =ambil santan.
1 sudu besar halba
500 gm bawang merah
100 gm halia
garam secukup rasa

cara membuatnya.

Beras di bersih dan di rendam dengan halba selama satu malam. Kemudian beras di tapis dan di kukus 3/4 masak. Setelah itu di gaul dengan santan rata-rata dan di kukus semula hingga masak. Santan tadi di campur dengan garam dan bawang hiris.
Nasi dagang ini boleh dimakan dengan kari ikan tongkol,solok lada ,sambal kelapa, gulai udang dan juga gulai ayam,

Ikan masam manis



Bah
an - bahan:

4ekor Ikan kembung
1biji Bawang besar
2ulas Bawang putih
1tangkai cili merah
1biji Timun
1biji Tomato
2sudu sayur campur
3sudu besar Sos tomato
2sudu besar Sos cili
50ml Air
1sudu kecil Air limau nipis
minyak masak
sedikit garam dan bahan perasa
sedikit kunyit

Cara menyediakan:

1. Ikan dibuang perutnya dan dibersihkan.

2. Keringkan ikan dan gaulkan dengan garam dan kunyit, perap selama 15minit.

3. Goreng ikan sehingga kekuning-kuningan. Angkat dan letakkan di dalam pinggan. Ketepikan.

4. Tumis bawang besar sehingga kekuning-kuningan.

5. Kemudian, masukkan semua sos,air limau nipis dan air. Kacau sehingga mendidih.

6. Setelah cukup pekat, masukkan cili merah dan bahan yang telah dipotong tadi.

7. Angkat dan tuang diatas ikan sehingga rata.

8. Sedia dihidangkan.

Saturday, September 25, 2010

Ayam Masak Kicap Berempah.



















Bahan-bahan


1 ekor ayam goreng setengah masak
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm haliag,aneka ayam
5 cm kulit kayu manis
4 biji bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
1 tangkai daun kari
1 sudu besar cili kisar
1/2 sudu besar serbuk ladsa hitam
1/4 cawan kicap
2 cawan air
garam dan gula secukup rasa
sedikit serbuk kunyit
1 sudu besar tepung
2 sudu besar air


Cara2 menyediakan


1. Gaul ayam yang sudah di potong dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.

2. Tumis bawang putih,merah,halia,kulit kayu manis,bunga cengkih,bunga lawang,serta daun kari hinnga naik bau,

3. Masukan cili kisar dan kacau,masukan kicap,garam jika perlu,gula dan air

4. Bila kuah hampir mendidih,masukan ayam,serbuk lada hitam dan kacau,biarkan kuah mendidih.

5. Masukan bancuhan tepung jagung dan air .kacau sama rata.

Thursday, September 23, 2010

Gulai nanas ikan kering


Bahan -bahan:

30tangkai Cili kering (kisar)
1labu Bawang besar (kisar)
20gm Ikan bilis
1biji Kelapa (santan)
Ikan masin cencaru
1/2biji Nanas
Air secukupnya
Sedikit kunyit
Garam dan bahan perasa

Cara menyediakan:

1. Campurkan bahan -bahan yang telah dikisar bersama santan dan air ke dalam periuk.

2. Masak hingga mendidih, kemudian masukkan ikan masin,biar sehingga masak. biarkan mendidih ,masukkan nanas yang telah dipotong.

3. Masak nanas hingga empuk sedikit.biarkan mendidih,dikacau supaya tidak pecah minyak santan dan tambah kan perasa secukupnya,

Tuesday, September 21, 2010

Asam pedas ikan pari


Bahan bahan:


1kg Ikan pari (ikut cita rasa)
2cawan Air asam jawa
Sedikit daun kesum dan bunga kantan
garam dan bahan perasa

Bahan kisar:

5ulas Bawang merah
3ulas bawang putih
2cm Halia
5tangkai Cili padi
30tangkai Cili kering
4cm Belacan

Cara menyediakan:


1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau.

2. Tuangkan air asam jawa dan bubuhkan bunga kantan dan daun kesum. jangan lupa garam dan bahan perasa.

3. Kemudian masukkan ikan. Biarkan mendidih dan ikan masak.

4. setelah ikan betul betul masak, angkat dan sedia dihidang.

Otak Otak


Bahan bahan:

3keping Ikan tenggiri
10ulas Bawang merah
250gm Santan
4tangkai Cili merah
1helai Daun pisang

Cara menyediakannya:

1. Ikan tenggiri dibuang tulang dan kemudian dihancurkan.

2. Kisar bawang merah bersama cili merah. Gaulkan bersama ikan tenggiri tadi.

3. Tuangkan santan dan masukkan garam secukup rasa. Gaulkan sebati.

4. Kemudian bungkuskan dengan daun pisang.

5. Bakar sehingga masak. Enak di makan ketika mash panas.

Monday, September 20, 2010

Mee rebus


Bahan - bahan


160gm Udang
20gm Bawang merah (kisar)
30gm Cili kering (kisar)
10gm Bawang putih (kisar)
30gm Rempah kari daging
3batang Serai (titik)
300gm Daging atau ayam
600gm Mee kuning (celur)
200gm Tauge
3biji Telur rebus
4keping Tauhu goreng
5biji Limau kasturi
50gm Daun sup dan daun bawang
100gm cili hiris
Garam dan serbuk perasa
minyak untuk menumis

Cara menyediakan:


1. Panaskan minyak,masukkan serai dan bahan-bahan yang dikisar. Biarkan hingga naik minyak. Masukkan kari yang digaul dengan air. Masukkan daging atau ayam dan air.

2. Biarkan sehingga lauk betul betul masak dan kuah menjadi pekat.

3. Masukkan garam dan serbuk perasa. Pastikan kuah tadi tidak terlalu pekat. Ini kerana apabila sejuk ia menjadi lebih pekat. Setelah masak,hidangkan bersama mee.

Saturday, September 18, 2010

Laksa Penang


Bahan-bahan:


1kg Ikan kembung (rebus)
3kuntum Bunga kantan
2ikat Daun kesum
20gm Cili kering kisar
10gm Cili padi (kisar)
20gm Bawang merah (kisar)
6keping asam keping
Garam dan serbuk perasa

Bahan ulam bersama laksa:

1peket Laksa (rebus)
Timun (cincang)
Cili merah (hiris)
Telur
Nanas
Limau nipis

Cara menyediakan:

1. Ikan kembung direbus dan ambil isinya. Kemudian tumbuk hingga lumat.

2. Masukkan ke dalam periuk bersama air rebusan tadi.

3. Setelah itu,masukkan daun kesum,bunga kantan,isi ikan dan asam keping.

4. Biarkan ia mendidih dan masukkan garam serta bahan perasa. Setelah kuah menjadi pekat,barulah diangkat.

Mee Kari


Bahan-bahan

300gm mee
100gm udang basah (buang kulit)
100gm isi ayam yang sudah di masak
10biji telur puyuh
10biji bebola ikan
50gm kek ikan
20gm tauge
30gm kerang (rebus)
10gm daun bawang
10gm bawang goreng
30gm pes kari
1liter santan
garam dan serbuk perasa secukupnya


Bahan pes kari

60gm serbuk kari
50gm bawang putih
80gm bawang merah
gula dan garam
40gm cili kering

Cara menyediakan


1.Kisar semua bahan,tumis hingga kering dan masukkan serbuk kari ke dalam periuk.

2. Kemudian masukkan santan dan bahan perasa secukupnya,biarkan mendidih. setelah cukup rasa, boleh lah di angkat.

3. Celur mee,udang,kerang,kek ikan,bebola ikan,tauge dan telur.

4. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk. Curahkan kuah mee yang telah di masak tadi.

5. Hiriskan dengan daun bawang dan bawang goreng.

Friday, September 17, 2010

MI Udang


Bahan bahan

500 gm mee
50 gm udang basa
60 gm isi ayam panggang
65 gm kek ikan
50 gm tauge
50 gm kangkung
10 gm daun bawang
10 gm bawang goreng
20 gm pes udang
1 liter air
garam dan serbuk perasa secukup rasa

Bahan Pes Udang

200 gm udang
50 gm bawang putih
60 gm cili kering
80 gm bawang merah
garam dan gula
Cara menyediakan Pes udang

Kisar semua bahan dan tumis sehingga kering

Cara Memasak

1) Isikan air kedalam periuk dan masukkan pes udang.Biarkan mendidih dan masukkan garam secukup rasa.

2) Celur mi,kangkung,kek ikan,telur puyuh,bebola ikan,udang,ayam dan tauge.

3) Kemudian masukkan ke dalam mangkuk.

4) Curahkan kuah udang dan hiaskan dengan daun bawang dan bawang goreng.

Thursday, September 16, 2010

Laksam


Bahan-bahan laksam
1/2 peket tepung beras
500ml air

Bahan untuk kuah:

500gm ikan kembung
1sudu kecil lada hitam
5ulas bawang merah
1liter santan
3keping asam keping
garam dan bahan perasa secukupnya.

Bahan hiasan

6tangkai cili merah (tumbuk bersama garam)
1biji timun (mayang)
40gm kacang panjang (mayang)
40 gm daun selom (mayang)
100 gm taugeh
3 cm belacan (bakar dan potong kiub)
3 biji limau nipis

Cara penyediaan Laksam

1) bancuh tepung beras dgn air hingga sebati.Buat adunan seperti telur dadar.

2) Sediakan kukusan .Alaskan bhgn penutup kukusan dengan tudung periuk.

3) Sapukan sedikit minyak, kemudian tuangkan adunan tadi.

4) Tutup semula kukusan tadi. Apabila adunan tepung menggelembung,angkat dan gulung kemas.

5) Potong laksam bulat bulat. Kemudian taburkan dengan bahan ulam dan tuangkan kuah di atas nya..

Cara penyediaan kuah

1) ikan kembung dibersihkan dan direbus. Setelah masak, tuskan dan ambil isinya dan tumbuk hingga lumat.

2) Masukkan bahan tumbuk kedalam santan. Seterusnya masukkan asam keping dan garam.

3) Tenggekkan di atas api hingga mendidih dan sebati..

Laksa johor




resepi Laksa Johor
Bahan-bahan

500gm mee (celur)
1kg ikan tenggiri (rebus dan ambil isinya)
300gm rempah kari ikan
100gm cili kisar
150gm serbuk ketumbar
150gm serbuk jintan manis
50gm bawang putih (kisar)
50gm bawang merah (kisar)
50gm halia (kisar)
200gm udang kering
4batang serai (titik)
2liter santan
4keping asam keping
300gm kerisik
garam dan bahan perasa secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan tambahan


Bawang besar
Kacang panjang
Tauge
Timun
Daun kesum
Bunga kantan
Cili
Sambal belacan

Cara menyediakan:

1.Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau.Masukkan udang kering,isi ikan,air rebusan dan santan.

2.Setelah mendidih, masukkan kerisik,garam dan bahan perasa lain.

3.Setelah kuah pekat,angkat dan hidangkan.

Wednesday, September 8, 2010

Nasi Beriani


Bahan-Bahan


750gm beras basmathi
1 air
125gm susu cair
1helai daun pandan
1sudu kecil pewarna kuning
daun pudina dan sup (hiris)
garam


Bahan Tumis


5 ulas bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
2cm halia (hiris)
2 sudu besar rempah beriani
2 sudu besar minyak sapi
sedikit rempah lima


Cara Menyediakan



1.Tumiskan semua bahan ...tumis hingga naik bau
2.Tuangkan air dan biarkan mendidih
3.Kemudian masukkan garam dan susu cair...kacau rata dan masukkan beras
4.Setelah airnya sudah kering masukkan sedikit pewarna kuning berserta daun yang
telah dihiris tadi
5.biarkan nasi masak.


Ayam Beriani


Bahan-bahan


1 Ekor ayam
15 Ulas bawang merah (kisar)
6 Ulas bawang putih
5cm Halia (kisar)
3 Sudu besar rempah beriani
3 Sudu kecil tomato puri
4 Sudu besar minyak sapi
150ml Susu cair
100ml Air
garam dan gula

Cara menyediakan


1.Tumiskan bahan kisar dengan minyak sapi hingga naik bau
2.Masukkan rempah beriani dan tomato puri tadi
3.setelah pecah minyak masukkan ayam,gula dan garam
4.Masukkan sedikit air dan susu cair
5.Tunggu sehingga mendidih pekat...taburkan daun sup....

Tuesday, September 7, 2010

Kari Kepala Ikan


Bahan-bahan

1 ekor kepala ikan merah (belah dan bersihkan)

15 ulas bawang merah (kisar)

5 ulas bawang putih (kisar)

20 gram buah keras (kisar)

20 gram halia (kisar)

5 tangkai cili kering (kisar)

1 batang serai (titik)

1 sudu kecil halba campur

1 tangkai daun kari

24 gram rempah kari

60 gram santan

30 gram asam jawa

setengah liter air

1 biji tomato

6 biji bendi

1 biji terung

garam

gula

Cara Memasak

1) Panaskan minyak dan masukkan halba campur,daun kari dan serai hingga naik bau..

2) Seteruskan, masukkanbawang merah,bawang putih,buah keras,halia, dan cili kering.Gaul hingga naik bau..

3) Kemudian ,campurkan santan, ,asam jawa, rempah kari, dan daun kari.

4) Masukkan kepala ikan merah yang telah dibersihkan . kemudian masukkan juga terung,bendi, dan tomato.

5) Biarkan mendidih dan masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa.

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...