Saturday, March 19, 2011

Puding Kelapa


Puding Kelapa
BAHAN-BAHAN: 

2 liter air

1 pek coconut puding Mix (500 gm) 


CARA MENYEDIAKAN: 

1. Masukkan air di dalam bekas kemudian masukkan coconut puding mix.

2. Kacau perlahan-lahan dan rata.

3. Kemudian sejukkan dan hidangkan
Sumber : sajionline

Manisan Suji


Bahan-bahan:
410 ml (1 tin) susu sejat
820 ml air
180 gm gula pasir
200 gm suji
10 biji buah pelaga - pecahkan
50 gm badam hiris
50 gm kismis hitam
3 sudu besar minyak sapi
1/2 sudu kecil garam
Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak sapi dan goreng kismis serta badam hingga kuning. Angkat dan ketepikan.
2. Masukkan air, gula serta pelaga ke dalam lebihan minyak tadi, biarkan hingga mendidih dan gula hancur.
3. Masukkan pula suji, kacau hingga pekat lalu campurkan badam serta kismis, tinggalkan sedikit untuk hiasan.
4. Tuangkan ke dalam mangkuk-mangkuk kecil, hias dengan badam serta kismis
Sumber : sajionline

Biskut Kurma


Biskut Kurma
Biskut Kurma
 
BAHAN-BAHAN:
175 gm mentega
126 gm gula iasing
50 gm tepung jagung
75 gm marjerin
2 biji kuning telur
30 gm susu tepung
350 gm tepung gandum


BAHAN HIASAN:
Kurma
Manik warna
Kuning telur


CARA MENYEDIAKAN:
1. Pukul mentega, marjerin dan gula sehingga lembut.
2. Masukkan telur, tepung jagung dan susu tepung dan gaul sebati.
3. Akhir sekali masukkan tepung gandum. Jadikan doh dan  terap dengan bentuk rama-rama.
4. Sapukan kuning telur dan hiaskan dengan hirisan kurma dan taburkan manik warna untuk lebih menarik.
5. Bakar pada suhu 180oC selama lebih kurang 15 hingga 20 minit
Sumber : sajionline

Ayam Vietnam


Bahan-bahan:
7 ketul paha atau kepak ayam - dipotong kecil
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula
1 sudu besar kicap
1 biji telur
4 sudu besar tepung ubi
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Bahan-bahan Tumis:
(Ditumbuk kasar)
3 batang serai
10 tangkai cili padi
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
3 labu bawang besar - dibelah 8
4 tangkai daun kari
Bahan-bahan Perasa:
1 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap pekat
Cara Menyediakan:
1. Ayam dibersihkan kemudian diperap dengan sos tiram, gula, kicap dan telur selama dua jam sebelum digaul dengan tepung ubi.
2. Panaskan minyak dan goreng aam hingga masak. Angkat dan ketepikan.
3. Tuangkan minyak  dan tinggalkan anggaran tiga sudu besar di dalam kuali kemudian masukkan bahan-bahan menumis. Kacau sehingga rata dan masukkan bahan-bahan perasa. Kacau lagi.
4. Masukkan ayam dan kacau lagi sebelum diangkat
Sumber : sajionline

Udang Goreng Rempah Berlabu


Udang Goreng Rempah Berlabu
BAHAN-BAHAN:
500 gm udang
50 gm rempah kari daging
1 sudu besar cili kering kisar
1 sudu kecil serbuk kunyit
10 ulas bawang merah (kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
2 cm halia (kisar)
1 batang serai (kisar)
2 cawan santan pekat
200 gm labu (potong dadu)
200 gm minyak sapi
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
1. Udang dibuang kepalanya sahaja. Kemudian goreng udang hingga kekuningan. Asingkan.
2. Rebus labu hingga setengah masak dan asingkan.
3. Tumis bahan kisar bersama serbuk kari, serbuk kunyit dan cili kisar dengan minyak sapi.
4. Masukkan santan, bila mendidih masukkan udang dan labu. Gaul dan kecilkan api.
5. Taburkan daun ketumbar sedia untuk dihidangkan.
Sumber : sajionline

Sotong Salut Rangup


Bahan-bahan:
300 gm sotong - bersihkan
2 cawan tepung naik sendiri
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu besar ketumbar - ditumbuk
1 sudu kecil jintan manis - ditumbuk
1 sudu kecil jintan putih - ditumbuk
1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Cara Menyediakan:
1. Gaul kedua jenis tepung, campurkan dengan bahan tumbuk dan garam. Bahagikan kepada dua bahagian.
2. Satu bahagian dicampur telur serta air dan diadun sehingga menjadi bater untuk menggoreng pisang.
3. Panaskan minyak, celup sotong dalam bater dan golekkan ke dalam satu lagi bahagian tepung. Goreng hingga kuning.
4. Hidang dengan sos cili
Sumber : sajionline

Kastard Roti


Bahan-bahan:
7 keping roti sandwic
1/2 cawan gula
1/2 cawan jagung biji
1/2 cawan buah-buahan campuran
3 1/2 cawan susu segar
1/2 cawan tepung kastard
1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
Cara Menyediakan:
1. Roti dikerat dua kemudian disusun di sekeliling mangkuk pembakar. Campur gula dan kesemua bahan, kemudian kacau hingga sebati sebelum dituang ke dalam mangkuk.
2. Masak dalam ketuhar Combination selama 25 minit. Setelah masak, biarkan sejuk sebelum dihidangkan
Sumber : Sajionline

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...