Showing posts with label aneka jenis kerabu. Show all posts
Showing posts with label aneka jenis kerabu. Show all posts

Tuesday, February 8, 2011

KERABU TIMUN BERSANTAN

 

BAHAN – BAHAN :

1 batang timun bersaiz sederhana – potong ikut suka

1 labu bawang besar – hiris

1 sudu kecil lada hitam  - tumbuk

2 sudu udang kering

1/2 cawan pati santan

garam dan gula secukup rasa

i biji tomato potong dadu

 

CARA MENYEDIAKANNYA ;

1 .Tumbuk lada hitam hingga lumat

2. Kemudian masukkan udang kering dan yumbuk laGI

3. Selepas itu masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi kedalam mangkuk

4 .Satukan dengan santan,masukkan garam dan gula secukup rasa

5 , Gaulkan bersama timn dan tomato hingga rat

 

SEDIA DIHIDANG .

Saturday, February 5, 2011

KERABU CEKUR

 

BAHAN – BAHAN ;

10 Helai daun cekur

10 helai daun kadok

1 sudu besar lada hitam

2 sudu besar udang kering – hancur

1/2 cawan kerisik kelapa

1 biji limau nipis

garam dan gula secukup rasa

 

CARA MENYEDIAKAN ;

1. Daun cekur dan daun kadok dihiris halus – halus

2. Kemudian tumbuk lada hitam bersama udang kering

3, Selepas itu gaulkan bahan diatas bersama dengan hirisan daun

4. Kemudian masukkan kerisik kelapa dan perahan limau,gaul kesemuanya hingga sebati

5. Akhir sekali masukkan garam dan gaul secukup rasa

 

SEDIA DIHIDANG

Friday, February 4, 2011

KERABU BUNGA BETIK

DSC08222

BAHAN – BAHAN :

300 gm bunga betik

1 cawan kerisik

4 cm belacan

5 tangkai cili padi

1 batang serai

50 gm udang kering

2 sudu besar air asam limau

3 ulas bawang merah

garam secukup rasa

 

CARA MENYEDIAKAN :

1. Mula – mula rebus bunga betik sampai lembut

2. Kemidian tumbuk atau kisar cili padi,udang kering,bawang serai dan belacan,

3. Selepas itugaul bahan diatas tadibersama kerisik dan bunga betik,

4. Masukkan perahan asam limau dan garam secukup rasa

 

SEDIA DIHIDANG

Tuesday, January 18, 2011

KERABU PUCUK PAKU

DSC08132

BAHAN – BAHAN :

BAHAN A :

200 gm pucuk paku

200 gm udang dibuang kulit

100 gm kacang tanah

50 gm bawang merah – hiris halus

2 sudu makan kerisik

1 batang bunga halia  - dihiris halus

3 helai daun limau purut

 

BAHAN UNTUK SOS “

11/2 sudu makan sambal belacan

11/2 sudu makan jus limau

1 sudu makan santan pekat

gula perang secukupnya

garam secukup rasa

 

CARA MEMBUATNYA :

1. Guna bahagian lembut pucuk paku,patah- patahkan pucuk paku dan celur dalam air panas

2. Bilas dengan air sejuk dan biarkan dalam penapis

3. Buangkan kulit udang ,kemudian rebus atau kukus,bila masak .angkat dan biarkan sejuk

4. Panggang kacang tanah dalam kuali dengan api kecil hingga kacang perang,sejukkan kacang sebelum dihancurkan

5. Campurkan,kesemua bahan untuk sos dalam mangkuk dan kemudian masukkan bahan A.kacau hingga sebati.

 

SEDIA DIHIDANG

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...