Showing posts with label aneka masak kambing. Show all posts
Showing posts with label aneka masak kambing. Show all posts

Wednesday, May 2, 2012

Resepi Daging Kambing Berkicap

Daging Kambing Berkicap

BAHAN A:

1kg daging kambing

1 sudu kbesar kicap pekat

1/2 cawan sos tomato

1 sudu kecil serbuk lada hitam

1 cawan santan

1 1/2 cawan air

Sedikit rempah empat sekawan

Sedikit minyak masak

Garam,gula dan aji secukup rasa

BAHAN B:

3 biji cili hijau (mayang)

1 biji cili merah (mayang)

3 tangkai daun pudina

BAHAN KISAR:

5 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

3 biji cili kering

5 biji cili padi

3 cm halia

CARA MENYEDIAKAN:

Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar bersama rempah empat sekawan hingga wangi.Kemudian masukkan daging kambing, kicap pekat, sos tomato dan lada hitam. Tuangkan air secukupnya bila daging lembut masukkan santan dan tambahkan garam ,gula dan aji secukup rasa… bila mendidih, masukkan pula bahan B. Masak hingga pekat..bila dah pekat dan dah masak dan cukup rasanya ,maikan api dan angkat

Sedia dihidang

Sumber : saji

Tuesday, November 1, 2011

Kari kambing

 

Bahan-bahan :

1 camca besar garam masala4 ulas bawang putih dicincang halus2 cm halia dicincang halus sedikit garam2 camca kecil serbuk cili1 camca besar serbuk ketumbar1/2 camca kecil serbuk buah pala1 camca besar serbuk jintan kasar1 camca besar paparika4 labu bawang besar dihiris nipis1kg daging kambing didadu ( Bahagian kaki )

2 camca besar tomato puri1/2 cawan kacang dhal direbus sampai lembut dan dimesin1/2 cawan daun ketumbar dicincang halus2 biji cili hijau dihirisMinyak untuk menggorengAir secukupnyaGaram secukup rasa

Cara-cara membuatnya :

1. Gaulkan daging kambing dengan sedikit garam dan garam masala dan gorengsebentar. Keluarkan dari periuk dan asingkan. Dalam periuk yang sama tumisbawang besar sampai kuning dan garing lalu di masukkan semula daging tadi.2. Masukkan semua bahan-bahan yang lain ke dalam daging kecuali dhal dan kacaurata dan dikecutkan selama 10 minit.3. Masukkan air dan Dhal didihkan sampai empuk. Tambahkan garam dan taburkandaun ketumbar dan cili hijau.

Monday, March 7, 2011

Kambing Sos Rosemary


Kambing Sos Rosemary 
BAHAN-BAHAN:
500 gm daging kambing
1/2 liter pati lembu
10 gm daun rosemary
2 ulas bawang putih (kisar)
4 ulas bawang merah (kisar)
2 cm halia (kisar)
Sedikit garam dan gula


CARA MENYEDIAKAN:
1. Gaulkan daging kambing dengan garam sehingga rata. Biarkan seketika, kemudian panggang.
2. Sementara itu, tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan daun rosemary sehingga naik bau.
3. Selepas itu, masukkan pati lembu. Kacau seketika barulah angkat dan tuangkan ke atas daging kambing yang dipanggang tadi. Cara mudah untuk mendapatkan pati lembu begini caranya. Ambil tiga kuib pati daging lembu dan bancuhkan dengan setengah liter air.
Sumber : Sjionline

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...