Saturday, February 5, 2011

KEK KURMA WALNUT CERI

Dup(1)DSC08234

BAHAN – BAHAN :

150 gm mentega

150 gm gula pasir

3 biji telur

250 gm tepung gandum diayak bersama serbuk penaik

4 sudu kecil serbuk penaik

50 gm kurma dipotong dadu kecil

10 ceri bersalit gula dopotong adu kecil

4 sudu besar krim sejat marigold

2 sudu kecil esen vanilla

 

CAR MENYEDIAKANNYA :

1. PAnaskan ovan dengan suhu 180c.Ayak tepung bersama serbuk penaik

2. Pukul mentega,esen vanilla dan gula hingga ringan dan kembang Masukkan krimer sejat marigold dan pukul bahan selama iminit

3. Pukul telur satu persatu selama iminitbagi setiap biji masukkan tepung yang sudah diayak

4. Akhir sekali,masukkan walnut,buah ceri dan kurma,masukkan dalam dulang pembakar kecil sehingga separuh penuh

5. Bakar selama 20 minit

ULAM BERSAMA SAMBAL MACANG

DSC08230

BAHAN – BAHAN REBUS :

1 ikat pucuk ubi

2 biji peria

1 ikat pegaga

5 biji jering

2 papan petai

 

BAHAN SAMBAL MACCANG :

1. Mula – mula tumbuk cili padi bersama gula ,garam dan belacan hingga sebati

2. Kemudian masukkan macang yang telah dihiris isinya,

3. Tumbuk hingga agak lumat

 

SEDIA DIHIDANG .

KERABU CEKUR

 

BAHAN – BAHAN ;

10 Helai daun cekur

10 helai daun kadok

1 sudu besar lada hitam

2 sudu besar udang kering – hancur

1/2 cawan kerisik kelapa

1 biji limau nipis

garam dan gula secukup rasa

 

CARA MENYEDIAKAN ;

1. Daun cekur dan daun kadok dihiris halus – halus

2. Kemudian tumbuk lada hitam bersama udang kering

3, Selepas itu gaulkan bahan diatas bersama dengan hirisan daun

4. Kemudian masukkan kerisik kelapa dan perahan limau,gaul kesemuanya hingga sebati

5. Akhir sekali masukkan garam dan gaul secukup rasa

 

SEDIA DIHIDANG

MASAK TEMPOYAK DAUN KAYU

DSC08229

BAHAN – BAHAN  ;

10 tangkai cili padi – tumbuk

1 cawantempoyak

1 ikat pucuk ubi

3 helai daun kunyit

2 ikat pucuk ubi

6 helai daun kadok

4 papan petei

1 kg santan pekat

4 cm kunyit hidup – tumbuk

6 batang serai – mayang

sedikit ikan bilis

garam dan gula secukup rasa

 

CARA MENYEDIAKANNYA :

1. Mula – mula masukkan bahan  - bahan tumbuk kedalam periuk bersama dengan tempoyak

2. Kemudian masukkan isi petai dan serai,masak diatas api perlahan

3. Apabila sudah mendidih masukkan santan

4. Selepas itu masukkan pula daun – daun kayu tadi dan masak hingga pekat

5. Akhir sekali masukkanbilis,garam dan gula secukup rasa

 

SEDIA DIHIDANG

SAMBAL NYIOR

DSC08227

BAHAN – BAHAN :

1/2 biji kelapa parut – putih

5 tangkai cili padi

1 labu bawang besar

50 gmudang kering

garam dan gula secukup rasa

 

CARA MENYEDIAKANNYA ;

1. Mula – mula tumbuk cili padibersama dengan bawang,udang kering ,gula dan garam

2. Kemudian gaulkan bahan – bahan yang telah ditumbuk tadi bersama dengan kelapa parut

3. Akhir sekali masukkan garam dn gula secukup rasa dan gaulkan hingga sebati

 

SEDIA DIHIDANG

Friday, February 4, 2011

KERABU BUNGA BETIK

DSC08222

BAHAN – BAHAN :

300 gm bunga betik

1 cawan kerisik

4 cm belacan

5 tangkai cili padi

1 batang serai

50 gm udang kering

2 sudu besar air asam limau

3 ulas bawang merah

garam secukup rasa

 

CARA MENYEDIAKAN :

1. Mula – mula rebus bunga betik sampai lembut

2. Kemidian tumbuk atau kisar cili padi,udang kering,bawang serai dan belacan,

3. Selepas itugaul bahan diatas tadibersama kerisik dan bunga betik,

4. Masukkan perahan asam limau dan garam secukup rasa

 

SEDIA DIHIDANG

KERABU MENGKUDU

DSC08223

BAHAN – BAHAN :

10 helai mengkudu

garam dan gula secukup rasa

3 sudu besar air perahan limau

 

BAHAN TUMBUK :

1 cawan kelapa parut

10 tangkai cili padi

50 gm udang kering

 

CARA MENYEDIAKAN

1. Mula – mula rebus dan mengkudu

2. Kemudian hiris halus- halus

3. Selepas itu gaulkan bersama – sama dengan bahan – bahan yang telah ditumbuk

4. Akhir sekali masukkan perahan air limau dan garam secukup rasa

 

SEDIA DIHIDANG

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...