Saturday, January 15, 2011

BAKSO

DSC08027

BAHAN UTAMA :

1 paket mi kuning (boleh juga guna bihun )

 

BAHAN KUAH :

5 ulas bawang putih  - dikisar

2 in halia – dikisar

3 biji buah keras – dikisar

2 sudu besar lada putih – dikisar

1 kg daging untuk diambil stoknya (menggunakan periuk sederhana besar saiznya )

sedikit garam gula dan serbuk perasa

 

BAHAN HIASAN :

Sedikit daun sup,sawi, 9yang telah dicelur )

kubis dan bawang goreng

 

CARA MEMBUATNYA :

1. Tumis kesemua bahan kisar

2. Setelah kekuningan.masukkan air rebusan daging

3. Masukkan garam ,gula dan serbuk perasa secukupnya,

4. Hidangkan bersama mi kuning atau bihun

5. Juga boleh dihidang bersama bebola daging

6. Untuk lebih sedap hidangkan bersama sos cili,kicap manis,cili api yang dikisar untuk dimakan bersama bakso

 

SEDIA DIHIDANG

ROJAK LONTONG

 DSC08026

BAHAN – BAHAN :

2 ketul nasi impit

sedikit kacang panjang,tauge,dan kangkung – dicelur

2 tauhu yang siap digoreng dan dipotong ddu

1 biji timun dihiris halus

 

BAHAN BUMBU REMPAH :

5 tangkai cili api

100 gm kacang tanah – digoreng dan dikisar halus

1 sudu gula merah

1 sudu petis

sedikit air asam jawa

 

CARA MEMBUAT :

Masukkan semua bahan bumbu ini kedalam mangkuk

2. Kacau hingga sebati

3. Tuang diatas lontong atau nasi impit dan bahan sayur yang dicelur tadi

4. siap untuk dihidang ,

 

SEDIA DIHIDANG .

PERIA IKAN MASIN

DSC08149

BAHAN – BAHAN :

100 gm ikan masin – digoreng terlebih dahulu

5 biji peria – dihiris kecil

300 gm cili padi

200 gm cili besar hijau

2 biji bawang besar

 

CARA MEMBUATNYA :

1. Goreng peria layu dan tidak terlalu masak

2. Kisar cili padi dan cili besar hijau,bawang besar dan bawang putih,tapi jangan sampai hancur

3. Tumis bahan  yang dikisar tadi hingga naik minyak.setelah itu masukkan peria dan ikan masin

4. Masak lebihkurang 5 minit sebelum diangkat

 

SEDIA DIHIDANG :

ITALIAN FAVOURITES

DSC08362

BAHAN – BAHAN :

1 kg daging cincang

150 gm sos bolognaise

50 gm minyak zaitun

80 gm lobak merah

80 gm daun saderi

100 gm cendawan

100 gm pes tomato

200 gm sos perang

80 g bawang putih

5 gm garam

1 gm daun bay

350 ml air

 

BAHAN ROTI BAWANG PUTIH :

50 gm mentega

100 gm roti perancis

3 gm bawang putih cincang

 

BAHAN – BAHAN :

3 gm daun basli thai

 

CARA MEMBUAT KUAH :

1. Panaskan kuali bersama sedikit minyak zaitun,kemudian masukkan daging cincang,kacau selama seminit,angkat dan ketepikan

2. Panaskan kuali bersama sedikit minyak zaitun,kemudian masukkan bawang merah,bawang putih,lobak merah dan sedikit daun saderi kacau hingga masak,kemudian masukkan pes tomato,sos bologmaise,sos perang dan air,kacau hingga masak

3. Kemudianmasukkan daging cincang,cendawan ,garam,daun bay,biarkan mendidih,kemudian angkat.

 

CARA MEMBUAT ROTI BAWANG PUTIH :

1. Masukkan mentega dan bawang putih cincang kedalam mangkuk ,kemudian kacau hingga sebati.

2. Sapukan adunan tadi keatas roti dan bakar hingga keperangan

 

SEDIA DIHIDANG .

Sunday, January 2, 2011

Filet Ikan Mayones


Bahan-Bahan:


5 keping isi ikan sebelah atau ikan merah
½ sudu kecil rosemary kering
½ sudu kecil lada hitam
2 cm halia ditumbuk halus
Sedikit garam
1 sudu besar minyak masak
½ biji limau nipis ambil jusnya

Bahan-bahan sos:
2 sudu besar mayonis
2 sudu besar cili sos
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar air suam



Cara:


Gaul ikan dengan kesemua bahan di atas kecuali rosemary.
Aturkan ikan di atas pinggan leper (khas mikrowave) kemudian barulah ditaburkan serbuk rosemary tadi. 
Masak dengan 'HIGH' selama 4 minit. Keluarkan dan curahkan sos di atasnya.
Cara membuat sos:


Campurkan kesemua bahan sos dan kacau rata. Curahkan di atas kepingan ikan.









Sumber: Majalah Saji Ogos 2000 

Barbeku Daging Rib-Eye




Bahan-Bahan:


2 keping daging N.Z Rib-Eye
4 gm rempah paprika
2 gm thyme
2 gm majoram

4 gm aromat
2 gm garam
2 gm lada sulah



Cara:


Bersihkan daging dan tuskan airnya. 
Setelah itu gaul bersama bahan-bahan rempah dan perap selama lima belas minit.
 Panggang hingga masak dan hidangkan panas-panas bersama sos.

Ayam Pelalah




Bahan-Bahan:


Bahan Ayam:

400 gm isi ayam
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 biji buah keras
1 cm kunyit hidup
1 cm lengkuas
1 cm cekur
1 batang serai
Garam secukup rasa



Bahan Sambal Tomato:

3 tangkai cili merah - dikisar
1 biji buah tomato - dikisar
1 sudu kecil belacan - dikisar
2 sudu kecil gula merah - dikisar
2 sudu kecil minyak masak
1 biji air limau nipis
1 biji cili merah - buang bijinya dihiris
Garam secukup rasa



Cara:


Kisar bawang merah, bawang putih, buah keras, kunyit hidup, lengkuas, cekur dan serai.
Gaul dengan ayam dan tambahkan garam. 
Perap selama setengah jam, panggang dalam ketuhar sehingga masak. 
Sejukkan dan siat-siatkan.
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan ayam, garam dan perahkan air limau. Campurkan cili hiris. Gaul rata dan hidangkan.






Sumber: Majalah Saji Februari 1999 

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...